MEKAH: Seramai 5,364 jemaah haji Malaysia dilaporkan selamat tiba di Tanah Suci setakat jam 12 tengah malam tadi, hasil kelancaran operasi penerbangan yang dilaksanakan secara berperingkat.
Ketua Rombongan Haji Malaysia berkata, operasi haji jemaah dari Malaysia berjalan lancar dan terkawal mengikut jadual yang ditetapkan.
Advertisement
Beliau memaklumkan, sebanyak 19 penerbangan telah selamat mendarat, manakala satu lagi penerbangan sedang dalam perjalanan.
[BERITA LANJUT MENYUSUL]