CHUKAI: Sebanyak 55,000 kesalahan melibatkan pemilik kenderaan yang membenarkan pemandu tiada lesen membawa kenderaan mereka direkodkan di seluruh negara dari Januari hingga Mei tahun ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Aedly Fadly Ramli berkata pihaknya kesal dengan sikap ambil mudah sesetengah masyarakat yang berterusan melakukan kesalahan tersebut tanpa memikirkan risiko serta bahaya kepada pengguna jalan raya lain.
"Menurut pemerhatian dan analisis terkini JPJ, tiada perubahan sikap dan tanggungjawab yang ketara dalam kalangan pemilik kenderaan tentang perkara itu dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini.
"Ia boleh dilihat dengan jelas apabila direkodkan 347,300 pemilik kenderaaan didapati membenarkan individu tiada lesen membawa kenderaan mereka dari Januari 2019 hingga Mei tahun ini," katanya selepas meninjau Operasi Bersepadu Kenderaan Perdagangan di Stesen Penguatkuasaan JPJ Kijal, malam tadi.
Turut hadir, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Henry Sum dan Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin.
Aedly Fadly berkata kebanyakan kesalahan melibatkan ahli keluarga terutama ibu bapa yang membenarkan anak-anak termasuk di bawah umur memandu tanpa lesen dengan pelbagai alasan tidak munasabah.
Juesteru, pihaknya mengingatkan orang awam supaya mengambil serius perkara berkenaan kerana pemilik yang ingkar boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu denda tidak kurang RM300 dan maksimum RM3,000 atau dipenjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya sekali.
"Selain itu JPJ juga boleh mengambil tindakan lebih tegas kepada pemilik kenderaan melalui tindakan penyitaan mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Sementara itu, Zulkarnain berkata sebanyak 580 kenderaan diperiksa dalam operasi dijalankan bersama Jabatan Imigresen dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Daripada pemeriksaan tersebut, sebanyak 133 kenderaan telah diberi notis atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu dan lesen memandu tamat tempoh.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 25 2022
Aedly Fadly berkata kebanyakan kesalahan melibatkan ahli keluarga terutama ibu bapa yang membenarkan anak-anak memandu tanpa lesen dengan pelbagai alasan tidak munasabah. - Gambar fail
Dakwaan terhadap MB Selangor taktik terdesak pihak tertentu - Setiausaha Politik
Dakwaan terhadap Datuk Seri Amirudin Shari kononnya Menteri Besar Selangor itu meluluskan tanah di Dengkil kepada syarikat sendiri disifatkan sebagai episod ulang siar yang tidak jauh berbeza dengan t
Hafizh Syahrin raih kemenangan sulung di Zhuhai
Pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah meraih kejuaraan sulung bersama JDT Racing Team pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024 di Litar Antarabangsa Zhuhai, di China hari ini.
AWANI Ringkas: Taktik baharu scammer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [20/04/2024] - Noktahkan kemiskinan Sabah | Belum tahu jumlah peruntukan pembangkang | Freedom Flotilla to Gaza | Thailand terima 10.72 juta pelancong asing
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Noktahkan kemiskinan tegar Sabah, kata PM
2. PN masih tunggu butiran MOU, peruntukan pembangkang
3. Freedom Flotilla jalani latihan anti keganasan sebelum ke Gaza
4. 1.3 juta pelancong Malaysia ke Thailand
1. Noktahkan kemiskinan tegar Sabah, kata PM
2. PN masih tunggu butiran MOU, peruntukan pembangkang
3. Freedom Flotilla jalani latihan anti keganasan sebelum ke Gaza
4. 1.3 juta pelancong Malaysia ke Thailand
Dua polis BSI ditahan bantu siasatan kes pemerasan
Dua anggota polis yang berkhidmat di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) ditahan semalam, bagi membantu siasatan kes pemerasan melibatkan seorang lelaki tempatan yang bekerja di Singapura.
Malaysia-Thailand tingkat kerjasama atasi jenayah
Malaysia dan Thailand setuju tingkat kerjasama untuk membanteras jenayah rentas sempadan.
#AWANI745
#AWANI745
MCMC lapor polis terhadap Papagomo, Che Gu Bard dan Salim Iskandar
MCMC menegaskan pihaknya melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya berpandukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan kesemua undang-undang subsidiari yang terkandung di dalamnya.
#AWANI745
#AWANI745
Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan
Hari ini bermula Kursus Haji Perdana secara berperingkat yang dianjurkan oleh Lembaga Tabung Haji.
Ini adalah persediaan terakhir kepada bakal Haji Malaysia untuk mempersiapkan diri sebagai tetamu Allah di tanah suci nanti.
#AWANI745
Ini adalah persediaan terakhir kepada bakal Haji Malaysia untuk mempersiapkan diri sebagai tetamu Allah di tanah suci nanti.
#AWANI745
1.39 juta pelancong Malaysia ke Thailand
Thailand terima ketibaan 10.72 juta pelancong asing termasuk 1.39 juta dari Malaysia.
#AWANI745
#AWANI745
Delegasi Malaysia jalani latihan anti keganasan
Latihan ini bagi mempersiapkan peserta dalam mendepani segala kenungkinan dan provokasi yang mungkin berlaku semasa pelayaran menghantar bantuan ke Gaza berlangsung.
Syaff Shukri di Istanbul, Turki ada perinciannya.
#AWANI745
Syaff Shukri di Istanbul, Turki ada perinciannya.
#AWANI745
55,000 kesalahan pemilik benarkan pemandu tanpa lesen bawa kenderaan - JPJ
JPJ kesal dengan sikap ambil mudah sesetengah masyarakat yang tidak memikirkan risiko serta bahaya kepada pengguna jalan raya lain.