awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5,594 kenderaan diarah patah balik di SJR semalam - Bukit Aman

Bernama
Bernama
20/07/2021
12:21 MYT
5,594 kenderaan diarah patah balik di SJR semalam - Bukit Aman
Sebanyak 5,594 kenderaan yang tidak mempunyai dokumen sah untuk merentas negeri dan daerah diarah berpatah balik ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) semalam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,594 kenderaan yang tidak mempunyai dokumen sah untuk merentas negeri dan daerah diarah berpatah balik ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) semalam berbanding 4,666 kenderaan pada kelmarin.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, jumlah kenderaan itu adalah daripada 456,019 kenderaan yang diperiksa di SJR di seluruh negara semalam.
"Selain itu, sebanyak 355 kompaun turut dikeluarkan di SJR kerana mengingkari prosedur operasi standard (SOP) kawalan pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN)," katanya dalam kenyataan kepada Bernama hari ini.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan petugas keselamatan negara bersiap sedia untuk menghadapi pertambahan kenderaan yang cuba merentas negeri tanpa kebenaran sempena sambutan perayaan Aidiladha.
Kerajaan masih tidak membenarkan rentas daerah dan negeri dalam Fasa Satu atau Dua PPN. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#kenderaan diarah patah balik
#Sekatan Jalan Raya
#SJR
#merentas daerah
#merentas negeri
#Bukit Aman
#Pelan Pemulihan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan