SEREMBAN: Seramai 56 anggota dan pegawai polis di Negeri Sembilan telah dikenakan tindakan tatatertib dibuang kerja berikutan terlibat dengan pelbagai kesalahan jenayah dalam tempoh lima tahun sejak 2017, kata Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop.
Beliau berkata daripada jumlah tersebut seramai 31 individu terbabit dalam jenayah termasuk berkaitan tatatertib, dadah, syariah dan rasuah manakala 25 individu dibuang kerja atas kesalahan melakukan kekerasan atau dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada orang lain.
Mohamad berkata pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat dengan jenayah atau bersekongkol dengan sindiket haram yang melanggar undang-undang yang mencemarkan imej pasukan.
"Statistik tersebut perlu diberi perhatian serius...lebih-lebih lagi kami merupakan 'role model' kepada orang ramai. Saya mahu lihat lebih banyak interaksi positif antara polis bersama masyarakat diadakan.
"Jadi, saya berharap semua warga PDRM Kontinjen Negeri Sembilan menjalankan tugas dengan penuh amanah dan sentiasa bekerja dengan penuh berintegriti demi menjaga nama baik pasukan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata dalam meningkatkan persefahaman dan mengeratkan silaturahim antara polis serta masyarakat, pelbagai pendekatan perlu dilakukan termasuk kaedah interaksi secara bersemuka dengan orang awam di peringkat akar umbi.
Mohamad berkata pendekatan itu juga bukan sahaja dapat membetulkan segala maklumat salah, persepsi kurang tepat selain tuduhan melulu terhadap warga PDRM, malah dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali peranan dan tugas anggota polis secara lebih dekat.
"Jika kita dapat lakukan ini, maka segala tuduhan yang tidak berasas terhadap pasukan, tentunya dapat dikurangkan. Bersama-samalah kita bertindak sebagai satu pasukan, bergerak dalam satu tenaga dengan matlamat membanteras jenayah dan keganasan tanpa mengira jabatan dalam PDRM," tambahnya.
Dalam pada itu, beliau berkata terdapat sebanyak 281 kekosongan jawatan daripada semua bahagian di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan ketika ini melibatkan pelbagai jawatan termasuk Inspektor dan Sarjan untuk diisi oleh individu yang berkelayakan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 20 2022

PDRM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat dengan jenayah atau bersekongkol dengan sindiket haram.

Festival Muzik | Seorang maut selepas pentas roboh akibat angin
Seorang maut manakala sekurang-kurangnya 17 yang lain cedera ketika menghadiri festival muzik di timur Sepanyol pada awal pagi Sabtu. Menurut pihak berkuasa, sebahagian daripada pentas roboh akibat angin kencang.

Peluang Pekerjaan | Bawa kerja kosong ke kawasan B40
Difahamkan, kira-kira 70 kekosongan jawatan ditawarkan dan semuanya dalam bidang hospitaliti. Malah lokasinya bukan hanya dekat Lembah Klang sahaja tetapi di Pulau Pinang serta Johor.

Pertandingan | Lebih 200 beruk bersaing petik kelapa
Bukan sahaja manusia yang menyertai pertandingan, sebaliknya binatang juga turut terlibat dalam mencari jaguh. Di Pasir Puteh, Kelantan, berlangsungnya pertandingan memetik kelapa bagi memilih beruk yang paling pantas.

Buli | Tidak wujud unsur gangsterisme di MRSM Kuantan - Polis
Siasatan awal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan mendapati tidak wujud sebarang unsur gengsterisme dalam kejadian buli yang didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan.

Hari Belia Negara | Kerajaan terus beri perhatian kepada golongan belia
Kerajaan akan terus memberi perhatian terhadap pandangan golongan anak muda atau belia serta mengiktiraf mereka sebagai rakan pembangunan strategik negara.

PRU15 | Sah! BN bakal bergerak solo
Barisan Nasional (BN) telah memuktamadkan keputusannya untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata parti itu sebulat suara membuat keputusan itu.

MAHA 2022 | Capai sasaran satu juta pengunjung
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 berjaya mencapai sasaran satu juta pengunjung pada Sabtu. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang menjadikan penganjuran kali ini sangat meriah.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 Ogos 2022.

Pelajar perempuan tingkatan 5 maut, rakan parah kemalangan dua motosikal
Seorang pelajar perempuan tingkatan lima maut manakala rakannya cedera parah setelah motosikal yang dinaiki mereka terbabit kemalangan.

10 Berita Pilihan - (13 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis lakukan siasatan menyeluruh kes kematian Nour Rania Asyifaa
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ruslan Khalid berkata siasatan merangkumi keterangan saksi mahupun teknikal, dengan penggunaan kaedah forensik serta khidmat pakar patalogi dan kimia.

Ruslan Khalid Ketua Polis Negeri Sembilan baharu
Bekas Setiausaha Polis Malaysia, Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman DCP Datuk Ruslan Khalid dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Tiada laporan cubaan culik kanak-kanak seperti ditular - Polis Negeri Sembilan
Video memaparkan dua lelaki bermotosikal dan lengkap memakai topi keledar cuba menculik dua kanak-kanak yang sedang bermain di sebuah rumah yang dipercayai dijadikan taska.

56 anggota, pegawai polis N.Sembilan dibuang kerja dalam tempoh lima tahun
Daripada jumlah tersebut seramai 31 individu terbabit dalam jenayah termasuk berkaitan tatatertib, dadah, syariah dan rasuah.

Polis N.Sembilan sedia bantu kesan 'Long Tiger' - Ketua Polis
Meskipun tiada pasukan khas ditubuhkan setakat ini, pihaknya sentiasa bersiap siaga selain semua anggota di lapangan telah dimaklumkan mengenai perkara itu.

Pengunjung perlu patuhi SOP, usah terlalu ghairah bercuti - Ketua Polis NS
Polis bimbang, kealpaan orang ramai susulan pengoperasian semula sektor sosial dan ekonomi menyebabkan kes kembali meningkat.

512 polis N. Sembilan, ahli keluarga dijangkiti COVID-19 sejak Januari
Seramai 512 anggota polis Negeri Sembilan dan ahli keluarga mereka disahkan positif COVID-19 serta dikuarantin sejak Januari tahun ini berikutan penugasan dalam memerangi penularan wabak itu.

Pemerdagangan manusia: Pelawak bebas dengan jaminan polis
Pelawak terkenal dibebaskan dengan jaminan polis pada Selasa selepas ditahan sejak Ahad bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia dan eksploitasi seks di Kuala Pilah.

Kertas siasatan kes Neelofa rentas negeri beli karpet di peringkat akhir - Polis
Kertas siasatan terhadap Noor Neelofa Mohd Nor dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail yang didakwa melanggar (SOP) COVID-19 dengan merentas negeri, kini di peringkat akhir.

Sindiket judi dalam talian: 34 warga China ditahan
Polis Negeri Sembilan berjaya menumpaskan sindiket judi dalam talian dengan tertangkapnya 34 warga China, dalam tiga serbuan berasingan yang dijalankan ke atas tiga kediaman di Seremban 2, semalam.