SHAH ALAM: Sebanyak 564 projek dan program pembangunan yang seimbang serta lestari akan dilaksanakan di Selangor di bawah Rolling Plan ke-4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM3.41 bilion pada tahun ini.
Pejabat Pembangunan Negeri Selangor, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan daripada jumlah itu 463 merupakan projek baharu, manakala bakinya sebanyak 101 adalah projek sambungan.
Menurut kenyataan itu RP4 Negeri Selangor juga menumpukan kepada pembangunan 471 projek fizikal (RM2.25 bilion atau 65.8 peratus) melibatkan skop projek utama yang mencakupi kelengkapan, peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan bukan ICT, pembelian bangunan, pembinaan, pengurusan fasiliti, penyenggaraan, perolehan tanah serta penyelidikan.
"Manakala 93 butiran (RM1.17 bilion atau 34.2 peratus) pula merupakan projek bukan fizikal yang diluluskan bagi pembiayaan dana, program ICT, kajian dan program latihan," menurut kenyataan itu.
Perkara tersebut dimaklumkan susulan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNG) Selangor yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari hari ini dan dihadiri semua ketua jabatan di peringkat Persekutuan dan negeri.
Kenyataan itu memaklumkan setakat 13 Feb lepas, Selangor telah mencapai prestasi perbelanjaan sebanyak 8.39 peratus, dan ia melepasi prestasi nasional iaitu 6.03 peratus.
Menurut kenyataan itu projek yang dijangka siap tahun ini antaranya pembinaan Pusat Kebangsaan bagi Keselamatan Makanan (NCFS) di Sepang, projek naik taraf Hospital Kajang, Kem Wawasan Negara Tanjung Rhu di Sepang serta pembinaan sekolah baharu 24 bilik darjah dan lain-lain kemudahan Sekolah Kebangsaan (SK) Saujana Putra, Telok Datok, Kuala Langat.
Kenyataan itu memaklumkan hasrat utama mesyuarat tersebut juga adalah bagi mengukuhkan pemantauan pelaksanaan projek pembangunan Persekutuan di Selangor mengikut garis masa yang ditetapkan.
Selain itu, antara perkara yang turut diteliti adalah prestasi RP3 RMK12 Selangor yang merekodkan 99.65 peratus atau sejumlah RM6.78 bilion telah dibelanjakan daripada RM6.81 bilion peruntukan bagi tahun lepas.
Perbelanjaan tersebut melibatkan 179 projek/program atau 31.1 peratus berjaya disiap dan dilaksanakan antaranya projek naik taraf unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan pembinaan sekolah secara sistem binaan berindustri (IBS) bagi SK Ulu Yam Lama, Batang Kali.
Selain itu, turut disiapkan adalah projek mengganti dan melebarkan jambatan di atas Sungai Batang Kali Hulu Selangor serta pembinaan sekolah baharu 42 bilik darjah dan lain-lain kemudahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Saujana Utama (2), Kuala Selangor.
Selangor juga berjaya merealisasikan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menambah baik keperluan pelajar dalam melaksanakan projek naik taraf dan penyelenggaraan kecil di 753 sekolah bawah Kementerian Pendidikan membabitkan peruntukan RM52.71 juta yang kesemuanya berjaya disiapkan sepenuhnya pada November lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2024

RP4 Negeri Selangor juga menumpukan kepada pembangunan 471 projek fizikal (RM2.25 bilion atau 65.8 peratus) melibatkan skop projek utama. - Unsplash
Tun Ahmadshah laksana tanggungjawab dengan baik, berdedikasi
Yang Dipertua Negeri Sabah Kesembilan Tun Ahmadshah Abdullah yang meninggal dunia semalam telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik serta dedikasi.
RM464.5 juta jayakan SKAS menerusi S Pay
Kerajaan Sarawak telah membelanjakan sejumlah RM464.5 juta bagi menjayakan Program Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
Petronas teruskan amanah tertakluk di bawah PDA 1974
Petronas akan meneruskan fungsi, aktiviti dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada entiti itu di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA 1974) dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Jepun sedia bersama ASEAN hulur bantuan kemanusiaan kepada Myanmar
Duta Besar Jepun ke Malaysia Noriyuki Shikata berkata Jepun berhasrat untuk membantu dan terlibat dalam usaha pemulihan semula Myanmar.

Kerajaan komited perkukuh agenda ekonomi Bumiputera - Ahmad Zahid
Kerajaan akan terus menyokong serta memperkukuh dasar dan inisiatif berteraskan aspirasi ekonomi Bumiputera agar manfaatnya dapat dinikmati oleh generasi kini dan akan datang.

Itali desak Israel henti serangan ke atas Gaza, buka laluan bantuan kemanusiaan
Itali desak Israel henti serangan ke atas Gaza, buka laluan bantuan kemanusiaan

Ahli Pandu Puteri perlu manfaatkan teknologi - Dr Wan Azizah
Ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia perlu memanfaatkan kemajuan teknologi untuk melaksanakan lebih banyak program berimpak tinggi.
ASEAN 2025 | 21 Mei
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik

'Sejak jadi pemain Indonesia, dia fikir dia bintang dunia'
Bekas pemain Twente, Kenneth Perez, beranggapan pemain warisan baharu Indonesia, Mees Hilgers, sebagai 'tidak waras' selepas pemain itu mempamerkan aksi kurang memberansangkan.

Panama tegaskan keneutralan Terusan Panama di Majlis Keselamatan PBB
Terusan Panama kekal neutral secara berterusan supaya dalam masa aman dan juga perang, ia kekal selamat dan terbuka untuk laluan.

Kerajaan Negeri Selangor arah PBT hentikan, sita serta-merta iklan produk vape
Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan semua PBT menyita serta-merta sebarang bentuk iklan berkaitan produk vape di negeri itu.

Kes COVID-19 di Selangor terkawal, catat penurunan - Exco
Situasi jangkitan COVID-19 di Selangor dalam keadaan terkawal berdasarkan laporan terkini dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) hingga Minggu Epidemiologi (ME) ke-19 2025.

Selangor tamatkan tajaan ijazah pertama ke Asia Barat mulai tahun ini
Ketetapan ini dibuat bagi mengurangkan risiko pelajar terdedah kepada pengaruh dan anasir yang boleh mengganggu pemikiran serta jati diri.

Kampung tidak tersusun antara isu pelaksanaan projek mitigasi banjir di Selangor - Exco
Pembinaan kediaman dan pembangunan kampung tanpa kebenaran merancang merupakan antara isu kritikal dihadapi kerajaan dalam membendung masalah banjir di Selangor.

Selangor perlu RM1 bilion tingkat hasil padi
Selangor memerlukan sekurang-kurangnya RM1 bilion bagi meningkatkan produktiviti penghasilan padi, termasuk menjayakan sasaran penanaman padi lima kali dua tahun.

Selangor laksana 11 langkah drastik mitigasi banjir di tiga kawasan kritikal
Kerajaan Selangor akan melaksanakan 11 langkah segera mitigasi banjir membabitkan kawasan kritikal di negeri ini seperti Taman Sri Muda, Meru dan Taman Seri Alam yang kerap dilanda bencana itu.

Banjir: Mesyuarat koordinasi libat pelbagai agensi diadakan esok - MB Selangor
Mesyuarat koordinasi bagi menangani isu berbangkit berkaitan kejadian banjir kilat khususnya di kawasan Shah Alam dan Klang akan diadakan esok, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Selangor jangka limpahan ekonomi hasil hubungan baik Malaysia-China - Amirudin
Ia terserlah menerusi pertemuan dengan pemain industri China yang menunjukkan kepercayaan dan prospek cerah berkait kemajuan Selangor.

Selangor peruntuk RM6 juta bantu 6,000 jemaah haji melalui insentif haji muassasah
Kerajaan Selangor menerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntukkan RM6 juta bagi insentif haji muassasah tahun ini.

Selangor teliti keperluan haramkan penjualan vape - MB
Kerajaan Selangor sedia meneliti keperluan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape di negeri ini.