awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Iran nafi sasar Hospital Soroka di selatan Israel
MALAYSIA
SMART jadi mentor SAR Rusia, satu penghormatan kepada negara - NADMA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

57 premis haram seluruh negara diserbu, rampas e-waste hampir RM500 juta

Bernama
Bernama
19/06/2025
12:30 MYT
57 premis haram seluruh negara diserbu, rampas e-waste hampir RM500 juta
Azmi berkata operasi bersepadu itu melibatkan PDRM dengan kerjasama JAS, LHDN dan sembilan agensi lain. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak 57 premis memproses sisa elektrik dan elektronik (e-waste) yang beroperasi secara haram di seluruh negara diserbu dalam operasi bersepadu Hazard 2.0 sejak tiga hari lepas, melibatkan rampasan yang dianggarkan bernilai RM500 juta.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata operasi bersepadu itu melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan sembilan agensi lain.
Beliau berkata pihak LHDN menganggarkan keseluruhan 57 premis yang diserbu itu telah mengelak cukai berjumlah lebih setengah bilion ringgit.
"Pecahan rampasan adalah e-waste sebanyak RM240 juta, komponen e-waste (RM182 juta), barang lusuh (RM50 juta), lain-lain kesalahan berjumlah RM32 juta dan nilai siasatan berkaitan cukai LHDN adalah RM500 juta," katanya pada sidang media di ibu pejabat polis Bukit Aman di sini hari ini.
Azmi berkata daripada 916 individu yang diperiksa dalam operasi bersepadu itu 453 individu berumur 16 hingga 70 tahun yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan ditahan, melibatkan 382 lelaki, 70 wanita dan seorang remaja.
Beliau berkata tujuh daripada 57 premis yang diserbu mempunyai lesen untuk memproses e-waste, namun pemilik premis tetap akan disiasat kerana lesen yang diperoleh itu hanyalah untuk memproses e-waste yang dihasilkan dalam negara sahaja.
Secara keseluruhan Azmi berkata hasil operasi e-waste yang dijalankan buat kali pertama pada 1 Jan lepas hingga 19 Jun, sebanyak RM5.18 bilion sisa e-waste dirampas dan 1,061 individu ditahan, dengan 167 kertas siasatan dibuka.
"Malaysia merupakan pihak yang menandatangani Konvensyen Basel, dan antara peruntukan di bawah konvensyen itu ialah kita tidak dibenarkan menerima sisa elektronik dari luar negara untuk diproses di dalam negara," katanya dan menambah siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui sama ada e-waste yang diproses diperoleh dari dalam atau dari luar negara secara haram.
Sementara itu Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar Rosli Zul pada sidang media sama memaklumkan setakat ini terdapat 156 kilang pemprosesan e-waste berlesen di seluruh negara dan kilang-kilang tersebut hanya dibenarkan memproses e-waste dari sumber dalam negara sahaja.
"Malaysia menjadi tumpuan negara luar untuk terima e-waste secara haram. Sehingga kini terdapat 600 kontena di Pelabuhan Klang yang ditahan kerana memasuki negara ini tanpa kebenaran," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Alam Sekitar
#PDRM
#LHDN
#e-waste
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami