Wawasan 2020 yang diilhamkan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1991 merupakan misi negara mencapai kecemerlangan dalam bidang ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan psikologi.
Selain itu ia turut menitikberatkan soal perpaduan nasional, sosial yang melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta keyakinan.
Kurang lebih lima tahun lagi sebelum Wawasan 2020, impian Dr Mahathir pada waktu itu yang mahukan melihat negara menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun gemilang negara dilihat masih belum tercapai.
Sembilan cabaran strategik yang digariskan kini berada di landasan akhir sebelum melihat kejayaannya dalam menghasilkan pembangunan seimbang tanpa mengetepikan prinsip asas Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Kerana itu, budayawan dan tokoh sejarah, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim menjelaskan, impian itu masih menjadi bayangan tidak pasti jika budaya masyarakat masih mengagungkan Bahasa Inggeris dalam kehidupan sehari-hari.
"Kita tidak dapat nafikan perubahan masyarakat dalam tiga empat tahun kebelakangan ini, namun saya lihat perubahan itu kadang-kadang merosakkan.
"Selain bersifat kebendaan, masyarakat kita semakin hilang nilai kerohanian, kita tertinggal di belakang sebenarnya," katanya ketika mengulas isu budaya dan bahasa masyarakat kini menjelang 2020.
Dr. Nik Safiah menjelaskan, keghairahan masyarakat untuk mengagungkan Bahasa Melayu kini semakin menurun.
Tegasnya, masyarakat kini dilihat semakin 'bertuhankan' Bahasa Inggeris dalam pertuturan sehari-hari dan mula merasakan satu kelemahan jika bercakap di dalam Bahasa Melayu.
"Saya sebagai ahli bahasa merasakan keghairahan masyarakat untuk menggunakan Bahasa Melayu di dalam pertuturan sehari-hari semakin lama semakin hilang.
"Memang tidak dinafikan keperluan Bahasa Inggeris dalam dunia sekarang namun apa alasannya untuk kita mengorbankan Bahasa Melayu?" ujarnya.
Pengguna Bahasa Melayu kini melebihi 300 juta di seluruh dunia.
Bahasa Melayu juga merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas Bahasa Mandarin, Bahasa Inggeris dan Bahasa Hindi.
Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka selain ada stesen radio dalam bahasa Melayu di China.
Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman dan New Zealand.
Hilang rasa sayang
Ujar Dr. Nik Safiah, masyarakat kini disifatkan sudah mula hilang rasa sayang kepada Bahasa Melayu.
"Kita tidak pandai menilai dan menyeimbangkan kenapa perlu mengejar Bahasa Inggeris dan tidak memupuk Bahasa Melayu ke tahap yang lebih indah.
"Masyarakat kita lebih mementingkan Bahasa Inggeris walaupun sebenarnya bahasa itu tidak boleh dikatakan terlalu indah," katanya.
Nasihatnya, Wawasan 2020 dapat direalisasikan dalam konteks kemajuan budaya dan bahasa jika masyarakat mempunyai rasa bangga terhadap Bahasa Melayu.
"Tidak salah untuk mengejar kemajuan cuma jangan ditinggalkan hak kita, jati diri kita.
"Biarlah orang kata kita terlampau bersikap kemelayuan, biar kita serap unsur berkenaan dalam seni muzik dan sebagainya dalam kehidupan sehari-hari," ujarnya.
Dalam pada itu katanya, masyarakat negara ini harus melihat budaya negara jiran seperti Indonesia yang lebih mengutamakan bahasa sendiri dalam urusan sehari-hari.
"Jauh bezanya kalau kita bandingkan cara rakyat Indonesia dalam mengaplikasi dan menyayangi bahasa mereka.
"Kita hilang rasa bangga, saya secara jujurnya sedih kerana rasa jati diri dan cintakan bahasa sendiri sudah semakin hilang," jelasnya.
Dr. Nik Safiah turut mengakui, dia perlu bersikap optimistik dan tidak mahu elemen Bahasa Melayu hilang dari budaya masyarakat negara ini menjelang 2020.
"Sayangnya, kita semakin lupa, kita mengagungkan Bahasa Inggeris lebih dari segala-galanya.
"Lihat sahaja dalam majlis perkahwinan atau majlis keraian, Bahasa Inggeris lebih banyak digunakan dan mereka hanya menyelit Bahasa Melayu dalam ucapan, ini sudah terbalik," katanya.
Bagaimanapun ujarnya, masih ada harapan untuk melihat Bahasa Melayu menjadi bahasa utama dalam masa lima tahun dari sekarang.
"Pihak sekolah perlu menitikberatkan Bahasa Inggeris di dalam kelas, ibu bapa juga perlu bertutur Bahasa Melayu di rumah.
"Saya risau sebenarnya, jika terlalu tekankan Bahasa Inggeris, takut-takut masyarakat akan terumbang-ambing dan kemungkinan terkeluar dari nilai-nilai murni masyarakat Melayu sendiri," jelasnya.
Salah satu daripada sembilan matlamat utama Wawasan 2020 adalah untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi.
Ia termasuk sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
Wan Syamsul Amly
Mon Mar 16 2015
NIK SAFIAH: Wawasan 2020: Jangan 'bertuhankan' Bahasa Inggeris - Gambar fail
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
[TERKINI] Pelajar Malaysia di Syria selamat dan kuliah bermula esok
Ini perkembangan di Syria, daripada Konsul Kehormat Malaysia di Damascus, Syria.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Saya tidak berdendam, jumpa di akhirat - Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa beliau tidak berdendam dengan pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya, sehingga beliau dituduh melakukan penyelewengan dana 1MDB.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
PM tegaskan tidak pernah berdendam dengan Tun M
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
[INFOGRAFIK] Monsun Timur Laut | Kos Keseluruhan Pembaikan Jalan Rosak
Berikut adalah info berkenaan dengan Monsun Timur Laut, kos keseluruhan pembaikan jalan rosak.
Konten forum tidak melibatkan MCMC secara terus- Fahmi
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, "Mekanisma yang sedia ada termasuk konten forum yang merupakan satu badan bebas yang telah diwujudkan dan tidak melibatkan MCMC secara terus, ini adalah satu badan yang membolehkan semua pihak termasuk industri menyatakan pandangan tentang apa yang dimaksudkan dengan jelek atau jelek melampau." Menjawab kepada pindaan RUU SKMM dibawa kepada jawatankuasa khas tetapi tidak RUU CMA.
#AWANInews
#AWANInews
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
#5Tahun2020: Rakyat sudah bersedia, kerajaan belum - Ambiga
Bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan mahukan pilihan raya yang bebas dan ruang demokrasi yang besar agar rakyat bebas bersuara.
#5Tahun2020: 'Bangga saja tidak mencukupi, perlu ada tabiat hebat' - Anas Zubedy
Bagi Anas Zubedy, seseorang yang bebas mempunyai kuasa, kebolehan, dan mencari jalan untuk mencapai kejayaan dan tidak menyalahkan faktor luaran.
#5Tahun2020: Jangan 'bertuhankan' Bahasa Inggeris - Nik Safiah
Wawasan 2020 yang diilhamkan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1991 merupakan misi negara mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.