6,881 kes tuntutan pengguna termasuk pakej umrah berjaya diselesaikan - Armizan

Armizan (tiga,kanan) merasmikan Jelajah Karnival Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Tengah 2025 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam hari ini. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Sebanyak 6,881 kes tuntutan pengguna termasuk yang membabitkan pakej umrah, berjaya diselesaikan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dari 1 Januari hingga 14 November lalu.
Ringkasan AI
- Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) selesai kan 6,881 kes tuntutan pengguna termasuk pakej umrah, daripada 9,203 aduan yang diterima dengan nilai keseluruhan RM77.2 juta.
- Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan aduan merangkumi pelbagai kategori pembelian barangan dan perkhidmatan termasuk kenderaan, barangan elektrik, dan peranti.
- Armizan yakin aplikasi EZ-TTPM akan mempercepatkan penyelesaian kes serta membantu memperkuatkan ekosistem perdagangan yang lebih sihat dan bebas daripada salah urus, terutamanya dalam melindungi hak pengguna.
"Aduan melibatkan pembelian kenderaan, pakej umrah, barangan elektrik, gajet, peranti dan sebagainya.
"Jadi, ia bukan sekadar isu barangan tetapi juga perkhidmatan yang ditawarkan oleh peniaga," katanya kepada pemberita selepas melancarkan aplikasi EZ-TTPM sempena Jelajah Karnival Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan Kempen Beli Barangan Malaysia 2025 di sini, pada Sabtu.
Armizan menjelaskan, penyelesaian kes bergantung kepada kelengkapan dokumen sokongan yang dikemukakan pengguna.
"Sebaik sahaja kita terima aduan lengkap, proses pendengaran akan dijalankan. Kita sasarkan setiap kes dapat diselesaikan dalam tempoh dua bulan.
"Malah ada yang boleh selesai selepas sesi pendengaran pertama sekiranya bukti sangat jelas," ujarnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


