SHAH ALAM: Enam saintis muda negara diberi pengiktirafan mewakili Malaysia dalam Mesyuarat Nobel Laureate ke-71 yang akan berlangsung di Lindau, Jerman bermula pada Ahad sehingga 1 Julai ini.
Mesyuarat yang akan dilaksanakan secara fizikal itu turut disertai kira-kira 600 saintis muda lain dari seluruh dunia.
Enam saintis muda yang mewakili Malaysia terdiri daripada Dr Enis Nadia Md Yusof dari Universiti Sains Malaysia; Dr Goh Choon Fu (Universiti Sains Malaysia); Dr Nur Azzalia Kamaruzaman (Universiti Sains Malaysia); Dr Oh Wen Da (Universiti Sains Malaysia); Dr Sazlinda Kamaruzaman (Universiti Putra Malaysia) dan Dr Low May Lee dari International Medical University Malaysia (IMU).
Presiden Akademi Sains Malaysia (ASM), Profesor Emerita Datuk Dr Asma Ismail berkata, Malaysia ketika ini telah menghantar 81 saintis muda mengambil bahagian dalam mesyuarat berkenaan sejak ia mula diperkenal pada tahun 2004.
Beliau berkata, mesyuarat tersebut merupakan platform terbaik kepada saintis muda yang juga peneraju sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) negara, bagi membina jaringan bersama saintis terbaik di peringkat antarabangsa.
“Selain dapat bertemu dengan Pemenang Anugerah Nobel daripada pelbagai disiplin sains, mesyuarat ini juga mendedahkan mereka kepada contoh teladan (role model) saintis serta memperkenalkan penyelidikan saintis muda kita kepada mereka dan seterusnya mungkin membuka peluang untuk bekerjasama dengan saintis berkenaan di makmal bertaraf dunia,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Tambahnya, Mesyuarat Nobel ke-71 tahun itu didedikasikan untuk bidang kimia dengan dianggarkan sejumlah 35 pemenang Anugerah Nobel akan menyertai mesyuarat tersebut dengan membentangkan penyelidikan serta berkongsi pengalaman mereka bersama semua peserta.
“Untuk makluman juga, pencalonan wakil Malaysia bagi Mesyuarat Nobel ini dibuka kepada semua saintis muda institusi pengajian tinggi awam dan institusi pengajian tinggi swasta seluruh negara setiap tahun yang dikendalikan oleh agensi seliaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi iaitu Akademi Sains Malaysia,” katanya.
Selain itu katanya, sebanyak 25 pencalonan telah diterima bagi tahun ini, yang mana saringan awal dilakukan ASM dan seterusnya diputuskan ahli jawatankuasa Mesyuarat Nobel untuk pemilihan. - Sinar Harian.
Sinar Harian
Sun Jun 26 2022
Barisan enam saintis muda yang mewakili Malaysia di Mesyuarat Nobel Laureate ke-71 yang akan berlangsung di Lindau, Jerman mulai hari ini sehingga 1 Julai ini. - Foto Sinar Harian
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Peningkatan IHPR beri petanda positif kepada perdagangan
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, prestasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan Malaysia yang meningkat pada Februari 2024 menyifatkan pertumbuhan perdagangan berada di tahap yang baik.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
Saintis muda Hafizah Noor bakal terima anugerah Ikon Belia pada Ahad
Hafizah Noor berharap boleh menjadi contoh yang baik kepada golongan belia di luar sana.
'Tiada yang mustahil dalam mengejar impian' - Saintis muda Noor Hafizah
Seorang pelajar Malaysia yang mengesahkan teori Albert Einstein di University of Glasgow, Astro AWANI mencuba semua saluran untuk mendapatkan peluang untuk menemubual Hafizah Noor Isa.