KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga emas antara enam individu yang terselamat dalam insiden tanah runtuh berketinggian sembilan meter di Taman Halaman, Ampang, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian itu, sebuah rumah yang didiami mereka turut mengalami kerosakan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima laporan berhubung runtuhan itu pada 6.14 petang, sebelum tujuh anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, digerakkan dan tiba di lokasi lima minit kemudian.
Beliau berkata pemeriksaan awal mendapati daripada dua buah rumah yang terlibat, hanya sebuah rumah yang berpenghuni dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
"Runtuhan tebing berukuran anggaran 9 meter X 15 meter persegi telah berlaku, dan mengenai bahagian belakang dua buah rumah dengan satu rumah kosong dan satu rumah berpenghuni.
"Ketika kejadian, dalam rumah berpenghuni itu terdapat enam orang iaitu seorang wanita warga emas berusia 70-an, seorang lelaki dan seorang wanita dewasa masing-masing berusia 40-an dan tiga remaja perempuan berumur di antara 10 hingga 16 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.
Norazam berkata kesemua mereka dinasihatkan keluar dari rumah buat sementara waktu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Beliau berkata ketika ini, bomba sedang membuat pemantauan di lokasi kejadian sebagai langkah berjaga-jaga.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 09 2022
Pemeriksaan awal mendapati daripada dua buah rumah yang terlibat, hanya sebuah rumah yang berpenghuni dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. - Gambar/ FB Traffic Info Crew
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
6 terselamat insiden tanah runtuh di Ampang
Seorang wanita warga emas antara enam individu yang terselamat dalam insiden tanah runtuh berketinggian sembilan meter di Taman Halaman, Ampang, petang tadi.