TUARAN: Sebanyak 60 daripada 67 projek 'Point of Presence' (PoP) yang dirancang dalam Fasa 1 berjaya disiapkan setakat ini melibatkan sekurang-kurangnya 6,000 premis akan menerima perkhidmatan Internet jalur lebar berkelajuan tinggi di seluruh Sabah.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata pelaksanaan fasa seterusnya projek itu di Sabah akan melibatkan 636 kawasan dan dalam masa sama satu kertas kerja dibuat untuk mengenal pasti masalah seperti kelewatan yang dihadapi semasa pelaksanaan PoP Fasa 1.
"Kita difahamkan terdapat pelbagai masalah dihadapi menyebabkan projek PoP Fasa 1 mengalami kelewatan seperti isu permit, isu caj...kita mahu masalah ini diatasi bagi memastikan kelancaran PoP Fasa 2," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan PoP Zon Industri di Kampung Lapasan, Telipok di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif dan Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.
Dalam pada itu, katanya satu lokasi PoP di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) telah disiapkan melibatkan KKIP Zon Industri 7, manakala tiga lagi PoP sedang disiapkan, dengan keempat-empat PoP itu akan menyediakan kemudahan Internet kelajuan tinggi kepada 400 premis di kawasan berkenaan.
Fahmi berkata bagi kawasan Parlimen Sepanggar, tiga PoP telah disiapkan dengan sekurang-kurangnya 300 premis sedia untuk dilanggan.
Beliau berkata sokongan infrastruktur jalur lebar gentian optik berkelajuan tinggi dan stabil itu, akan menyediakan kebolehcapaian pendigitalan yang cekap dan berupaya menggalakkan pengembangan aktiviti industri, meningkatkan pelaburan khususnya di kawasan industri baharu.
"Ia juga membolehkan capaian kepada maklumat yang lebih luas, menggalakkan pemindahan teknologi di peringkat global serta pemprosesan automasi lebih baik bagi membantu industri mengadaptasi cabaran dan peluang perniagaan dalam era ekonomi digital.
"Selain itu, inisiatif ini juga akan memberi peluang kepada peningkatan ekonomi digital di luar bandar. Masyarakat luar bandar boleh menjalankan pelbagai urusan termasuk perniagaan di rumah secara dalam talian dengan adanya capaian rangkaian Internet berkualiti dan menyeluruh," katanya.
Menurutnya kerajaan memahami keperluan kesalinghubungan Internet untuk rakyat, justeru kementeriannya sedang giat merlaksanakan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk memberikan capaian Internet lebih baik di kawasan di bandar, luar bandar serta pedalaman.
"Usaha ini bertujuan mempersiapkan masyarakat dengan kemahiran digital bagi merapatkan kesenjangan digitalisasi dan memperkasakan infrastruktur telekomunikasi negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 29 2023
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil (tengah) meletakkan tangan pada tablet sebagai simbolik perasmian Point of Presence (POP) Zon Industri di Kampung Lapasan hari ini. - Foto BERNAMA
P.Pinang kerjasama dengan Persekutuan teruskan usaha tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Akta baharu berkuat kuasa 1 Jun
Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini sekali gus meningkatkan lagi tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja di seluruh negara, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.
Pelaburan baharu memberi cabaran baharu kepada Malaysia
Pelaburan baharu yang diterima Malaysia memberi cabaran baharu khususnya dalam memberi fokus dalam bidang teknologi dan juga Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).
AWANI Borneo [28/04/2024] – Daftar di Yayasan Sarawak | Kos ganti paip RM9 bilion | Tarikan Kitaro
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan
#AWANIBorneo 28 April 2024
- Kerajaan Sarawak tanggung kos pelajaran anak mendiang Joanna
- Kebocoran paip penyumbang utama air tidak terhasil
- Kitaro magnet tarik pengunjung RWMF 2024
#AWANInews
#AWANIBorneo 28 April 2024
- Kerajaan Sarawak tanggung kos pelajaran anak mendiang Joanna
- Kebocoran paip penyumbang utama air tidak terhasil
- Kitaro magnet tarik pengunjung RWMF 2024
#AWANInews
Kesatuan Ragbi Malaysia harap individu disyaki pecah amanah didakwa segera
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) berharap individu di sebalik isu pecah amanah disyaki berlaku dalam pengendalian akaun bank badan induk itu didakwa segera.
PM adakan pertemuan dengan Presiden Rwanda
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rwanda Paul Kagame di luar Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) pada Ahad.
Iraq luluskan RUU anti-LGBTQ
PARLIMEN Iraq pada Sabtu meluluskan rang undang-undang (RUU) yang menjenayahkan hubungan sejenis.
Rumah terbuka Persatuan Komuniti Bugis Sabah meriah
Keunikan pakaian suku kaum Bugis dan kepelbagaian juadah menjadi tarikan utama rumah terbuka Persatuan Kaum Bugis Sabah.
Perayaan masa terbaik pupuk persaudaraan - Hajiji
Datul Seri Hajiji Noor menyifatkan perayaan yang ada di negara ini sebagai medan terbaik memupuk tali persaudaraan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama.
Konsert jelajah terakhir Kitaro bakal tarik ramai pengunjung
Konsert jelajah Kitaro di Rainforest World Music Festival 2024 bakal jadi yang terakhir buat Kitaro yang memasuki usia 71 tahun, Februari lalu.
7,410 port jalur lebar berkelajuan tinggi di bawah projek PoP sedia dilanggan di Sarawak
Sebanyak 7,410 port jalur lebar gentian optik berkelajuan tinggi di bawah projek Point of Presence (PoP) Kementerian Komunikasi telah dibangunkan dan sedia dilanggani oleh penduduk di Sarawak.
60 projek PoP Fasa 1 berjaya disiapkan di Sabah - Fahmi
Sebanyak 60 daripada 67 projek 'Point of Presence' (PoP) yang dirancang dalam Fasa 1 berjaya disiapkan setakat ini.
KKD minta Ahli Parlimen teliti isu PoP di sekolah
KKD mahu memastikan guru dan murid memperoleh prasarana Internet yang baik supaya dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran dan pengajaran.