awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
APMM selamatkan tiga warga Indonesia terapung di laut dua hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

61 hotspot kebakaran termasuk perkuburan dikenal pasti di Pulau Pinang

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
13/03/2021
11:57 MYT
61 hotspot kebakaran termasuk perkuburan dikenal pasti di Pulau Pinang
Bomba melakukan rondaan lebih kerap di kawasan yang dikenal pasti sebagai titik panas. - Gambar fail/ Bernama
BATU KAWAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang memantau 61 kawasan titik panas yang berisiko mengalami kebakaran berikutan cuaca panas dan kering yang melanda negara ketika ini.
Pengarahnya, Saadon Mokhtar, berkata sejak Januari hingga 11 Mac lepas, pihaknya menerima 680 laporan kebakaran akibat pembakaran terbuka dengan jumlah tertinggi membabitkan belukar dan hutan, masing-masing 448 dan 96 kes.
Berikutan itu, rondaan lebih kerap dilakukan anggotanya di kawasan yang sudah dikenal pasti termasuk memberi penumpuan terhadap kawasan tanah gambut di sekitar Kepala Batas dan Balik Pulau.
"Kita telah mengenal pasti 61 hotspot di seluruh Pulau Pinang, membabitkan pelbagai kawasan. Ada yang melibatkan kawasan tanah perkuburan Cina, hutan dan sebagainya.
"Di kawasan hutan, kita ada 21 hotspot, selain kawasan pembakaran sampah dan lain-lain yang semuanya berjumlah 61 hotspot.
"Tempat-tempat ini memang kita akan pantau dari masa ke semasa dan walaupun tiada kebakaran kami akan membuat rondaan di kawasan terbabit," katanya di sini, hari ini.
Sementara itu, Saadon berkata, JBPM negeri juga telah meningkatkan tahap kesiapsiagaan dari segi keanggotaan dan logistik sebagai persediaan menghadapi kebakaran ketika berhadapan musim cuaca panas.
"Awal hingga Januari hingga Mac cuaca agak panas dan berangin jadi kita terima banyak panggilan kecemasan membabitkan kebakaran," katanya.
Topic Berkaitan
#Bomba Pulau Pinang
#kebakaran
#hotspot
#titik panas
#kawasan panas
#tanah perkuburan
#hutan
#belukar
#cuaca panas
#Kering
#berangin
#pengarah
#Saadon Mokhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan