KUALA LUMPUR: Sebanyak 15,425,524 individu dewasa atau 65.6 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos penggalak COVID-19 setakat semalam.
Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 25,782,213 atau 97.5 peratus daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,216,630 or 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, sebanyak 1,221,990 individu atau 34.4 peratus kumpulan itu telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).
Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,841,412 individu atau 91.3 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,940,403 atau 94.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Vaksinasi harian semalam menyaksikan sebanyak 46,039 dos diberikan semalam meliputi 13,256 dos pertama; 2,166 dos kedua dan 30,617 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,376,641.
Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 59 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Perak tertinggi iaitu 15 kes, diikuti Selangor 12 kes, Johor (11), Kelantan (enam) dan Melaka (lima).
Selain itu, Pahang melaporkan (tiga) kes, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Sarawak masing-masing melaporkan dua kes manakala satu kes direkodkan di Kedah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 19 2022
Vaksinasi harian semalam menyaksikan sebanyak 46,039 dos diberikan semalam meliputi 13,256 dos pertama; 2,166 dos kedua dan 30,617 dos penggalak. - Gambar fail
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
7,294 kes COVID-19 dicatatkan di Perak sepanjang tahun ini
Sebanyak 7,294 kes COVID-19 direkodkan di Perak sejak 1 Jan hingga 16 Dis lepas berbanding 108,859 kes dicatatkan bagi tempoh sama, tahun lepas.
COVID-19: Kes aktif varian Omicron bergejala ringan - Pakar perubatan
Beliau berkata kes COVID-19 dijangka berkurangan selepas satu bulan berdasarkan pemerhatian trend jangkitan virus oleh KKM.
Johor galakkan imam, jemaah ambil dos penggalak vaksin COVID-19
Imam, bilal dan jemaah masjid di Johor digalakkan mengambil suntikan dos penggalak susulan peningkatan kes COVID-19 ketika ini.
COVID-19: Tiada arahan wajibkan semua rakyat Malaysia dapatkan dos penggalak - Fahmi
Tiada arahan atau kewajipan untuk seluruh rakyat Malaysia mengambil suntikan dos penggalak vaksin susulan peningkatan kes COVID-19.
COVID-19: KKM saran dos penggalak ketiga untuk golongan rentan
KKM menyarankan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin COVID-19 terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi berikutan peningkatan kes kebelakangan ini.
Vaksin COVID-19: Penerima dos penggalak kedua terus meningkat
Bilangan penerima dos penggalak kedua kini melepasi 2.5 peratus, mewakili 819,670 individu.
COVID-19: Sambutan dos penggalak masih kurang memuaskan - Dr Zaliha
Sambutan orang ramai terhadap pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19 masih kurang memuaskan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Vaksin COVID-19: Australia lancar dos penggalak kelima
Keputusan itu memperluaskan kelayakan suntikan dos penggalak merangkumi kira-kira 14 juta orang yang akan ditawarkan vaksin.
Orang ramai ada sebab tersendiri lengkapkan dos penggalak COVID-19
Walaupun pengambilan dos penggalak kedua vaksin COVID-19 tidak diwajibkan namun orang ramai yang secara sukarela mengambilnya mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.
Vaksin COVID-19: FDA cadang pemberian tahunan
Pemberian vaksin tersebut disifatkan seperti pemberian suntikan vaksin influenza bertujuan untuk memudahkan strategi COVID-19.