SHAH ALAM: Ketua Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) Selangor, Mohd Khairi Jamaludin berkata kira-kira 65 peratus bekalan telur masih ada di pasaran di negeri itu.
Jelasnya, kekurangan bekalan telur secara fizikal yang berlaku di Selangor ketika ini hanya bersifat sementara sahaja.
"Kalau ikutkan analisis yang kita jalankan, dan berdasarkan kepada maklumat dibekalkan pihak pemborong, pengeluar dan peruncit kepada kami, keberadaan telur ayam sekarang ini pada 65 peratus itu anggaran.
"Kekurangan bekalan adalah pelbagai tempat... iaitu cuma kekurangan yang bersifat sementara. Contohnya, bekalan sampai hari ini kemungkinan penjualan terlalu cepat dan pantas.
"Apabila pengguna datang, stok bekalan telah habis dijual tapi bekalan tetap ada. Cuma (masalah bekalan) bersifat sementara," jelasnya.
Pada masa sama, beliau turut memohon orang ramai agar melaporkan kepada pihak KPDNKSH sekiranya berlaku kekurangan bekalan telur di kawasan tertentu.
"Kita juga nak memohon orang ramai, sekiranya berlaku keadaan demikian, terus laporkan kepada pihak kami.
"Seboleh-bolehnya elakkan daripada tular di media sosial yang boleh menimbulkan lagi situasi panik," katanya lagi.
Tambah Mohd Khairi, pemeriksaan di seluruh negeri itu mendapati tiada elemen sorok dilakukan pengeluar, pemborong dan peruncit.
"Untuk makluman semua, tindakan yang kita jalankan melibatkan dua akta iaitu Akta Kawalan Bekalan 1961 adalah untuk memastikan tiada elemen penyelewengan, seperti penyorokan.
"Alhamdulilah, sepanjang siasatan dan pemeriksaan kita jalankan, kita belum menemui apa-apa penyelewengan melibatkan elemen sorok.
"Kita lihat kemungkinan di simpan stok, itu adalah dari segi kawalan kendiri oleh premis tersebut untuk mengawal bekalan dijual secara sama rata kepada semua pengguna," jelasnya lagi.
Beliau berkata demikian selepas membuat pemeriksaan di sebuah pasar raya di sini pada Isnin.
Fareez Azman
Mon Dec 05 2022

Ketua penguat kuasa KPDNKSH Selangor berkata, kekurangan bekalan telur secara fizikal di Selangor ketika ini hanya bersifat sementara. - Gamba fail

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.

Iran sedia pulihkan hubungan ekonomi dengan negara Arab
Iran bersedia untuk menyambung semula hubungan ekonomi dengan semua negara Arab di Timur Tengah berikutan perjanjian mengenai pemulihan hubungan diplomatik dengan Arab Saudi baru-baru ini.

Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
Datuk Seri Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu, tetapi kini sudah kembali ke penjara.

Jawatankuasa Eksekutif Dasar Sekuriti Makanan mahu lebih banyak pihak beri input
Hasil mesyuarat akan dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Aidilfitri.

PKNS santuni gelandangan ibu kota, ringankan beban menjelang Ramadan
PKNS berkerjasama dengan sebuah badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Jejak Jalanan, dalam menghulurkan sumbangan.

Kerajaan sedang muktamadkan Inisiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 - Kementerian Kewangan
Menurut Kementerian Kewangan inisiatif itu juga tidak bercanggah dengan Seksyen 51, Akta KWSP 1991 kerana baki simpanan dalam Akaun 2 hanya digunakan sebagai sandaran.

Kekurangan pekerja antara punca bekalan telur ayam terganggu - Mohamad
Tiga kementerian sedang berusaha untuk menambahkan pekerja dalam sektor pertanian dan sektor yang lain bagi tujuan itu.

Bekalan telur di Pulau Pinang mencukupi - KPDN
OP Terjah yang dijalankan KPDN mendapati bekalan telur ayam mencukupi iaitu sebanyak 50 hingga 60 peratus berbanding sebelum ini.

40 premis di Selangor kekurangan bekalan telur ayam
Ia dikesan hasil pemeriksaan ke atas 110 premis membabitkan pasar awam, pasar mini, kedai runcit, gerai penjaja kecil dan kedai makan di negeri itu.

Import telur ayam bukan penyelesaian masalah, hentikan eksport - Ameer Mydin
Rancangan kerajaan untuk mengimport telur ayam bagi menyelesaikan kekurangan bekalan dalam pasaran bukan penyelesaian masalah menampung keperluan di negara ini.

65 peratus bekalan telur di Selangor masih ada - KPDNKSH
Ketua penguat kuasa KPDNKSH Selangor berkata, kekurangan bekalan telur secara fizikal di Selangor ketika ini hanya bersifat sementara.

Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, pembeli membuat aduan dan peniaga terbabit juga telah dipanggil untuk siasatan lanjut.

Sanggup datang dari PD ke KL cari telur, peniaga pula dakwa dah dua bulan stok kurang
Segelintir pengguna merungut mendakwa berdepan kesukaran mendapatkan bekalan asas itu sejak dua bulan lalu.

Kegiatan seludup ke negara jiran punca bekalan telur ayam kurang - Annuar
Annuar berkata kegiatan itu berlaku berikutan harga telur ayam di Thailand lebih mahal berbanding di Malaysia.

Bekalan telur ayam kurang di peringkat peruncit
Ia disebabkan permintaan yang agak tinggi daripada pengguna terutama menjelang musim perayaan Deepavali tidak lama lagi.

KPDNHEP akan bincang dengan pembekal isu bekalan telur ayam - Rosol
KPDNHEP akan berbincang dengan pihak pembekal telur ayam di negara ini bagi menyelesaikan masalah bekalan bahan makanan itu yang disifatkan tidak stabil di pasaran.