awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

65 taska, 11 pusat jagaan kanak-kanak dibatal pendaftaran dari Jan-Sept 2016

Bernama
Bernama
24/10/2016
23:49 MYT
65 taska, 11 pusat jagaan kanak-kanak dibatal pendaftaran dari Jan-Sept 2016
Chew berkata dari Jan-Sept 2016, sebanyak lapan taska dan enam pusat jagaan telah didakwa di mahkamah manakala 11 taska dikenakan tindakan kompaun. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Sebanyak 65 Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dan 11 pusat jagaan kanak-kanak dibatalkan pendaftaran kerana gagal mematuhi Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 sejak Januari hingga September tahun ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun berkata dalam tempoh itu juga, sebanyak lapan taska dan enam pusat jagaan telah didakwa di mahkamah manakala 11 taska dikenakan tindakan kompaun.
Kementerian komited dalam soal yang melibatkan nyawa kanak-kanak selain menggesa pengusaha taska untuk mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan, katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini pada Isnin.
Beliau menjawab soalan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) yang bertanyakan sama ada kerajaan bercadang memantapkan lagi mekanisma pemantauan dan penguatkuasaan terhadap taska milik swasta bagi memastikan kualiti asuhan sentiasa terjamin.
Chew berkata mengikut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat, sehingga 30 Sept tahun ini sebanyak 862 taska telah diaudit di bawah Penilaian Akreditasi Taska 2016.
Katanya jumlah itu telah melebihi sasaran dan memberi petunjuk bahawa kementerian sangat serius untuk memastikan kualiti asuhan kanak-kanak di taska berada pada tahap memuaskan.
"Usaha berterusan dan kerjasama bersepadu daripada semua pihak diperlukan bagi memastikan aspek keselamatan, pengasuhan yang sesuai mengikut umur, aktiviti yang sesuai dengan perkembangan spiritual kanak-kanak ini dapat dijayakan," katanya.
Sementara itu, Chew ketika dihubungi berkata antara kesalahan dilakukan taska dan pusat jagaan kanak-kanak sehingga dikenakan tindakan terutama dibatalkan pendaftaran termasuk keadaan premis yang berbahaya kepada kanak-kanak serta tidak mematuhi arahan keselamatan yang ditetapkan. - Bernama
Topic Berkaitan
#Chew Mei Fun
#dibatalkan pendaftaran
#pusat jagaan kanak-kanak
#taska
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan