KUALA LUMPUR: Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dah Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat 652 pemantauan harian ke atas 11 jenis bekalan barangan termasuk peruncit (458), pemborong (168) dan pengilang (26) pada Isnin.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, pegawai berkenaan juga telah melakukan 2,114 Pemeriksaan Khas Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP.

"Daripada jumlah itu, 2,108 premis mematuhi SOP ditetapkan, tiga premis diberi nasihat dan tiga dikompaun," katanya.

Berikut merupakan lima perkara penting sidang media Ismail Sabri, pada Selasa:

1. Kerajaan mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Hostel Centennial, Kg Acheh, Manjung, Perak mengikut tarikh dijadualkan pada 10 Mac 2021.

2. Seramai 269 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 251 dikompaun manakala 18 direman.

3. Kerajaan turut bersetuju untuk membenarkan penggambaran di luar studio di kawasan PKPB dan PKPP bermula 10 Mac 2021.

4. Pihak berkuasa melalui Op Benteng pada Isnin juga telah menangkap 29 orang pendatang tanpa izin (PATI) dan merampas empat buah kenderaan darat.

5. Seramai 586 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara pada Isnin.

[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan - 09 Mac 2021