awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

655 projek rumah lewat, sakit dan terbengkalai direkodkan setakat 30 Sept

Bernama
Bernama
01/11/2023
21:00 MYT
655 projek rumah lewat, sakit dan terbengkalai direkodkan setakat 30 Sept
Akmal Nasrullah berkata ia meliputi 68 projek lewat, 476 projek sakit dan 111 projek disahkan terbengkalai. - Foto fail/Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Pasukan Petugas Projek Perumahan Swasta dan Terbengkalai (TFST) merekodkan 655 projek perumahan dikategorikan sebagai lewat, sakit dan terbengkalai dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM79.03 bilion, setakat 30 Sept lepas.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata ia meliputi 68 projek lewat, 476 projek sakit dan 111 projek disahkan terbengkalai.
Justeru, beliau berkata TFST mengambil pendirian bahawa kebajikan pembeli yang menjadi mangsa projek perumahan bermasalah perlu dibela dalam tempoh pemaju menyiapkan projek dikategorikan lewat, sakit dan terbengkalai itu.
"TFST boleh mempertimbangkan supaya projek di bawah program perumahan kerajaan atau pihak berkuasa negeri seperti projek-projek ini dicadangkan menerima manfaat daripada Dana Jaminan Khas berjumlah RM1 bilion seperti diumumkan dalam Belanjawan MADANI 2024 apabila diluluskan kelak.
"Pasukan petugas ini turut melaksanakan pelbagai ikhtiar melalui sesi libat urus yang dijalankan dan diharapkan menjadi ruang untuk semua pihak meneliti serta mengenal pasti isu-isu utama yang menjejaskan industri perumahan di negara ini," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Selain itu, katanya Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) merancang mengadakan Seminar Pemulihan Projek Perumahan Swasta Terbengkalai pada 16 Nov ini bagi mewujudkan jalinan kolaborasi, pendekatan strategik dan perkongsian pengalaman pihak berkepentingan terlibat, dalam usaha pemulihan projek perumahan swasta terbengkalai.
"Melalui seminar ini, pemaju perumahan, pemaju penyelamat serta pelikuidasi berpeluang berkongsi pengalaman, menyampaikan hala tuju baru serta penambahbaikan yang boleh dilaksanakan dalam usaha pemulihan projek terbengkalai," katanya.
Beliau berkata KPKT melalui TFST komited meneruskan agenda nasional dalam membantu pemulihan setiap projek perumahan swasta bermasalah dalam kategori lewat, sakit atau terbengkalai bagi memastikan kepentingan pembeli rumah terpelihara seterusnya mengurangkan beban rakyat.
Sementara itu, Akmal Nasrullah berkata KPKT mencapai kejayaan signifikan dalam pemulihan projek perumahan swasta sakit dan terbengkalai apabila 301 projek sakit dan terbengkalai merangkumi 38,752 unit rumah dengan GDV berjumlah RM28.88 bilion berjaya dipulihkan setakat 30 Sept lepas.
Akmal Nasrullah berkata ia meliputi 293 projek dengan 37,392 unit rumah daripada kategori sakit, manakala lapan projek dengan 1,360 unit rumah dalam kategori terbengkalai.
Selain itu, beliau berkata terdapat tiga projek lewat dan sakit di bawah program Residensi Wilayah setakat ini, iaitu Residensi Wilayah Hijauan Pantai, Residensi Salak Selatan dan Residensi Hektar Gombak.
Terdahulu, beliau mengadakan pemantauan terhadap projek perumahan swasta sakit dan terbengkalai melalui sesi lawatan kerja ke dua tapak projek Residensi Wilayah Hijauan Pantai di Pantai Dalam dan Residensi Salak Selatan di Salak Selatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TFST
#GDV
#mangsa projek
#Belanjawan MADANI 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan