awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

66 individu termasuk penjawat awam dan remaja bawah umur ditahan di pusat hiburan

Bernama
Bernama
11/06/2022
13:04 MYT
66 individu termasuk penjawat awam dan remaja bawah umur ditahan di pusat hiburan
Seramai 66 individu termasuk seorang penjawat awam dan seorang remaja perempuan bawah umur, ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan yang beroperasi melebihi had masa, awal pagi tadi. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Seramai 66 individu termasuk seorang penjawat awam dan seorang remaja perempuan bawah umur, ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di sini yang beroperasi melebihi had masa, awal pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor ACP Mohd Afzanizam Yahaya berkata operasi khas yang dijalankan kira-kira pukul 2 pagi itu, melibatkan lima pegawai dan 22 anggota JSJN bersama JSJN Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan.
Beliau berkata kesemua individu yang ditahan berumur dalam lingkungan 17 hingga 41 tahun, selain turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun yang mengaku sebagai pengurus premis terbabit.
"Kita telah melakukan pemeriksaan terhadap 180 individu yang sedang berhibur dan hasil saringan awal air kencing mendapati 34 lelaki termasuk seorang penjawat awam yang berusia 29 tahun, serta 18 wanita termasuk remaja perempuan bawah umur didapati positif dadah jenis ketamin dan methamphetamine.
"Hasil pemeriksaan turut mendapati premis berkenaan mempunyai lesen perniagaan yang sah sehingga 30 Jun depan, namun didapati beroperasi melebihi had yang dibenarkan iaitu bermula pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd Afzanizam berkata 19 warga asing yang turut terlibat dalam tangkapan itu telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Johor Bahru Selatan, berikutan menyalah gunakan pas lawatan.
Katanya, kes disiasat mengikut Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Seksyen 11 (2) Enakmen Hiburan Negeri Johor 4/98 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pusat hiburan
#ditahan
#penjawat awam
#remaja bawah umur
#JSJN Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan