KUALA LUMPUR: Sebanyak 676 tindakan sita terhadap barangan penjaja warga asing telah dilaksanakan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur sepanjang 2023, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata bagi Januari lepas sahaja, sebanyak 79 tindakan sita terhadap barangan warga asing telah dilaksanakan.
"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama-sama agensi sahabat yang berkaitan sentiasa melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan secara bersepadu di sekitar Pasar Borong dari semasa ke semasa dan mengambil tindakan terhadap aduan yang melibatkan warga asing.
"Pada masa akan datang DBKL akan terus menambah baik peruntukan dan peraturan sedia ada bagi memastikan isu-isu kebanjiran warga asing di pasar borong dapat ditangani dengan lebih berkesan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.
Sementara itu, Zaliha berkata Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan agensinya telah menyusun pelbagai program dan aktiviti menarik sepanjang 2024 bersempena dengan sambutan 50 tahun Wilayah Persekutuan.
"Sebanyak 61 program telah dirangka pada tahun ini, iaitu 23 program di Kuala Lumpur, 21 program di Putrajaya dan 17 program di Labuan.
"Program-program yang interaktif dan kemasyarakatan sentiasa menjadi tumpuan rakyat. Malah program utama Hari Wilayah Persekutuan yang berteraskan konsep mesra rakyat, perpaduan serta kerjasama dapat memupuk nilai-nilai patriotik, menjadi pemangkin dalam membentuk generasi pemimpin yang tahu menghargai serta memelihara keharmonian Wilayah Persekutuan," katanya.
Dewan Rakyat kemudiannya meluluskan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ramli Mohd Noor berkata usul itu disetujukan selepas menyaksikan lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju selepas kesemua kementerian selesai menggulung perbahasan selama empat hari bermula 11 Mac lepas.
Persidangan pada hari ini menyaksikan enam kementerian menggulung perbahasan termasuk tiga jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Persidangan dewan bersambung Isnin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 14 2024
Dr Zaliha berkata bagi Januari lepas sahaja, sebanyak 79 tindakan sita terhadap barangan warga asing telah dilaksanakan. - Gambar fail/FB Dr Zaliha Mustafa
Perdagangan EE Malaysia perlu langkah lebih padu, kuasai pasaran global - Matrade
Ketua pegawai eksekutif Matrade Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata visi agensi itu adalah untuk menjadikan industri tersebut kalis masa depan dan mencapai pasaran global yang lebih luas.
KTMB perhalusi garis panduan tren sewaan khas
KTMB akan tambah baik dan mempertingkatkan garis panduan perkhidmatan tren sewaan khas demi kepentingan orang awam dan syarikat itu.
Bank pelaburan positif terhadap prospek KDNK Malaysia
Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar yang lebih tinggi sebanyak 4.2 peratus pada suku dalam tinjauan daripada 2.9 peratus pada suku keempat 2023.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Masak mi segera di stesen minyak: Empat didakwa hari ini
- Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
- Sekitar Kapas Marang Swimathon 2024
#AWANInews #AWANIPagi
- Masak mi segera di stesen minyak: Empat didakwa hari ini
- Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
- Sekitar Kapas Marang Swimathon 2024
#AWANInews #AWANIPagi
Sivasangari pemain skuasy wanita ketiga negara tembusi 10 terbaik dunia
Sivasangari muncul pemain wanita ketiga negara yang menembusi senarai 10 pemain terbaik selepas Nicol David dan Low Wee Wern.
Presiden IOC, CMG anugerahkan plak kepada tim media Sukan Olimpik 2024
CMG sebagai agensi penyiar utama bagi Sukan Olimpik Paris 2024, berikrar melaksanakan tugasan dan tanggungjawab yang sejajar dengan mandat.
Banjir Perak: Polis sedia kenderaan ambil, hantar pelajar SMK Alor Pongsu
Bantuan itu diberikan kepada 46 pelajar SMK Alor Pongsu yang terkandas susulan jalan dinaiki air dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan.
Kes penyeludupan: 10 ditahan, pelbagai barangan dirampas
Seramai 10 individu termasuk seorang wanita ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk penyeludupan hidupan liar dalam operasi khas di Selangor, Terengganu, Sarawak dan Sabah antara 14 hingga 18 Mei lalu.
Ebit Liew tidak berbaju ketika panggilan video - Saksi
Saksi kesembilaan pendakwaan kes gangguan seksual, pendakwah tersohor Ebit Lew mendakwa dirinya sering diganggu secara seksual melalui panggilan telefon.
Ramai jemaah haji dikesan sakit sendi dan otot
Hasil Ziarah Rahmah yang digerakkan Unit Kesihatan Awam, mendapati, sakit sendi dan otot kerana membuat pergerakan jauh untuk melakukan ibadat antara permasalahan dialami jemaah sehingga mendorong pihak fisioterapi turut sama dilibatkan dalam program pendiidkan itu.
676 tindakan sita barangan penjaja asing sepanjang 2023 - Zaliha
Sebanyak 676 tindakan sita terhadap barangan penjaja warga asing telah dilaksanakan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur sepanjang 2023, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.