KUALA LUMPUR: Sebanyak 676 tindakan sita terhadap barangan penjaja warga asing telah dilaksanakan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur sepanjang 2023, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata bagi Januari lepas sahaja, sebanyak 79 tindakan sita terhadap barangan warga asing telah dilaksanakan.
"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama-sama agensi sahabat yang berkaitan sentiasa melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan secara bersepadu di sekitar Pasar Borong dari semasa ke semasa dan mengambil tindakan terhadap aduan yang melibatkan warga asing.
"Pada masa akan datang DBKL akan terus menambah baik peruntukan dan peraturan sedia ada bagi memastikan isu-isu kebanjiran warga asing di pasar borong dapat ditangani dengan lebih berkesan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.
Sementara itu, Zaliha berkata Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan agensinya telah menyusun pelbagai program dan aktiviti menarik sepanjang 2024 bersempena dengan sambutan 50 tahun Wilayah Persekutuan.
"Sebanyak 61 program telah dirangka pada tahun ini, iaitu 23 program di Kuala Lumpur, 21 program di Putrajaya dan 17 program di Labuan.
"Program-program yang interaktif dan kemasyarakatan sentiasa menjadi tumpuan rakyat. Malah program utama Hari Wilayah Persekutuan yang berteraskan konsep mesra rakyat, perpaduan serta kerjasama dapat memupuk nilai-nilai patriotik, menjadi pemangkin dalam membentuk generasi pemimpin yang tahu menghargai serta memelihara keharmonian Wilayah Persekutuan," katanya.
Dewan Rakyat kemudiannya meluluskan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ramli Mohd Noor berkata usul itu disetujukan selepas menyaksikan lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju selepas kesemua kementerian selesai menggulung perbahasan selama empat hari bermula 11 Mac lepas.
Persidangan pada hari ini menyaksikan enam kementerian menggulung perbahasan termasuk tiga jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Persidangan dewan bersambung Isnin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 14 2024
Dr Zaliha berkata bagi Januari lepas sahaja, sebanyak 79 tindakan sita terhadap barangan warga asing telah dilaksanakan. - Gambar fail/FB Dr Zaliha Mustafa
Tumpuan Rabu - 15 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dari Madinah, seramai 563 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah
Seramai 563 jemaah haji Malaysia yang sebelum ini menetap di Hotel Emaar Royal dan Hotel Saja al Madidah di Madinah, tiba di Mekah pada Selasa untuk urusan menunaikan ibadat haji.
10 Berita Pilihan - (14 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Banjir lahar dingin ragut lebih 50 nyawa
Banjir yang dikenali sebagai lahar dingin di Indonesia mengorbankan 52 individu setakat ini dengan 17 orang dilaporkan hilang. Situasi itu menyebabkan anggota keselamatan dan kecemasan mengerahkan tambahan aset-aset seperti jentera berat bagi memudahkan urusan semua pihak dalam operasi mencari mangsa yang hilang.
Suntikan anti-obesiti mampu kurang risiko serangan jantung
Suntikan ubat anti-obesiti mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Satu kajian dilakukan oleh Profesor dari Kolej Universiti London (UCL) mendapati secara purata berat badan individu yang terlibat dalam kajian ini menurun 10.2 peratus selepas empat tahun.
'Heritage tree scheme' pelaksanaan negara Singapura boleh dijadikan sebagai contoh
ara stategi singapura yang boleh diadaptasikan oleh Malaysia adalah dengan mewujudkan Heritage Tree Scheme.
Skim yang dilancarkan oleh National Parks Board Singapore (NPARKS) ini telah terbukti terkesan kerana program ini bukan sahaja meliputi penyelengaraan pokok tetapi turut mengenal pasti, melindungi dan juga merawat pokok-pokok warisan yang mempunyai nilai sejarah, budaya, ekologi yang signifikan.
Skim yang dilancarkan oleh National Parks Board Singapore (NPARKS) ini telah terbukti terkesan kerana program ini bukan sahaja meliputi penyelengaraan pokok tetapi turut mengenal pasti, melindungi dan juga merawat pokok-pokok warisan yang mempunyai nilai sejarah, budaya, ekologi yang signifikan.
'Bahang' April paling ekstrem & Asia paling terkesan
Pemindahan pokok tidak disarankan, potensi untuk merosakkan sistem ekologi
Walaupun pemindahan pokok yang tua ini sering dilihat sebagai satu alternatif terbaik untuk mengurangkan daripada kejadian pokok tumbang daripada berlaku.
Namun pun begitu, menurut Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Profesor Madya LAr Dr. Nor Atiah Ismail, kaedah itu hanya akan memudaratkan sistem ekologi yang pada mulanya sudah pun stabil.
Namun pun begitu, menurut Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Profesor Madya LAr Dr. Nor Atiah Ismail, kaedah itu hanya akan memudaratkan sistem ekologi yang pada mulanya sudah pun stabil.
Tempe sebagai sumber protein tambahan murid sekolah
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang memperkenalkan tempe sebagai pilihan tambahan bagi sumber protein kepada murid sekolah rendah di negeri itu.
Mahkamah isu perintah larangan bersuara terhadap Chegu Bard
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan perintah larangan bersuara terhadap Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard bagi melarangnya daripada mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berkaitan kes fitnah jenayah yang dihadapinya.
676 tindakan sita barangan penjaja asing sepanjang 2023 - Zaliha
Sebanyak 676 tindakan sita terhadap barangan penjaja warga asing telah dilaksanakan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur sepanjang 2023, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.