awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar yakin nilai dagangan Malaysia–Turkiye mampu capai AS$10 bilion lebih awal
Terbuka Malaysia: Pearly-Thinaah akhiri badi, ulangi aksi final Sukan SEA Thailand 2025
PM Anwar terima ‘Order of the Republic’, penghormatan tertinggi Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

68 maut letupan berhampiran sekolah di Kabul, ramai masih hilang

Astro Awani
Astro Awani
09/05/2021
16:31 MYT
68 maut letupan berhampiran sekolah di Kabul, ramai masih hilang
Bom kereta diletupkan di depan sekolah Sayed Al-Shuhada manakala dua lagi meletup ketika pelajar yang panik berlari keluar. - Gambar/ Reuters
KEMATIAN akibat serangan bom di luar sebuah sekolah di Kabul, Afghanistan meningkat kepada 68 orang, kata pihak berkuasa pada Ahad.
Reuters melaporkan, pasukan perubatan juga sedang bergelut merawat 165 mangsa yang cedera dengan ramai lagi masih hilang.
Letupan pada lewat Sabtu itu menggemparkan kejiranan Dasht-e-Barchi yang dihuni masyarakat Syiah dari kumpulan etnik Hazara, yang sebelum ini sering menjadi sasaran militan IS.
Bom kereta diletupkan di depan sekolah Sayed Al-Shuhada manakala dua lagi meletup ketika pelajar yang panik berlari keluar.
Menurut pihak berkuasa, kebanyakan mangsa yang maut adalah pelajar perempuan.
“Letupan pertama begitu kuat dan hampir dengan pelajar kanak-kanak itu sehingga sebahagian mereka masih tidak dapat ditemui ,” kata pegawai yang enggan dikenali.
Saksi memberitahu Reuters hampir semua mangsa adalah pelajar perempuan yang mahu pulang selepas tamat sekolah semalam.
Presiden Ashraf Ghani pada Sabtu berkata Taliban bertanggungjawab dalam kejadian itu, namun jurucakap kumpulan itu menafikan pembabitan mereka malah menyelar serangan terhadap orang awam.
Topic Berkaitan
#Kabul
#Afghanistan
#letupan
#sekolah
#68 maut
#pelajar sekolah
#IS
#Taliban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan