awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan AGC tidak teruskan 47 pertuduhan terhadap Zahid cetus persoalan ketelusan – Ramkarpal
ISTAF beri Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada Hannah
Tengku Permaisuri Selangor rasmi Majlis Puisi Dirgahayu Tuanku
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Malaysia: Pearly-Thinaah akhiri badi, ulangi aksi final Sukan SEA Thailand 2025

Bernama
Bernama
07/01/2026
22:10 MYT
Terbuka Malaysia: Pearly-Thinaah akhiri badi, ulangi aksi final Sukan SEA Thailand 2025
Aksi Pearly-Thinaah ketika menentang Rutaparna-Swetaparna Panda pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026 di Stadium Axiata Arena, Kuala Lumpur, 7 Jan 2026. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah bersedia untuk aksi ulangan final Sukan SEA Thailand 2025, hari ini menentang pasangan Indonesia Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari selepas mara pusingan kedua Terbuka Malaysia 2026.

Ringkasan AI
  • Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah bersedia untuk aksi ulangan final Sukan SEA Thailand 2025, hari ini menentang pasangan Indonesia Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari selepas mara pusingan kedua Terbuka Malaysia 2026.
  • Pearly Tan menekankan persediaan fizikal dan mental yang penting sebelum perlawanan hari ini, meskipun mempunyai rekod 4-0 menentang beregu Indonesia sebelum ini.
  • Prestasi cemerlang beregu Malaysia di Terbuka Malaysia 2026 menamatkan rentetan kekalahan sebelum ini, sementara Thinaah berhasrat untuk mengekalkan momentum bagi mara ke suku akhir kejohanan tersebut.

Beregu pilihan kedua itu memulakan kempen mereka dengan cemerlang apabila mudah menewaskan Rutaparna Panda-Swetaparna Panda dari India 21-11, 21-9 dalam tempoh 30 minit di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini semalam.
Walaupun mempunyai rekod bersih 4-0 menentang beregu Indonesia itu, Pearly memberi amaran bahawa keputusan aksi sebelum ini tidak memberi makna signifikan dalam pertembungan hari ini.
"Kami perlu bersedia dari segi fizikal dan mental, rehat serta makan dengan baik dan cuba menumpukan perhatian untuk perlawanan esok," katanya kepada pemberita dalam temu bual selepas perlawanan di zon campuran, di sini.
Naib juara Kejohanan Dunia 2025 itu membuktikan kehebatan mereka bulan lepas apabila membawa pulang emas tunggal kem badminton Malaysia di Sukan SEA Thailand 2025, menewaskan lawan yang sama 21-16, 19-21, 21-17.
Lebih penting, kemenangan semalam menamatkan prestasi mengecewakan mereka di Terbuka Malaysia, apabila beregu nombor dua dunia itu akhirnya mara melepasi pusingan pertama selepas tiga kekalahan berturut-turut pada pusingan pembukaan.
Pearly mengakui rasa lega kerana berjaya mara ke pusingan kedua buat pertama kali sejak penampilan sulung mereka di Terbuka Malaysia 2022, sambil menggambarkan detik itu sangat bermakna di hadapan peminat sendiri.
"Kami juga berasa kecewa kerana sebelum ini tidak dapat memberi peluang kepada peminat menyaksikan kami pada pusingan kedua (tiga edisi sebelum ini). Jadi tahun ini, saya dan Thinaah benar-benar menumpukan perhatian pada permainan kami dan itu banyak membantu," katanya.
Sementara itu, Thinaah berharap dapat mengekalkan momentum dan menampilkan prestasi lebih mantap ketika mereka berusaha mara ke suku akhir Terbuka Malaysia buat pertama kali dalam karier mereka.
Terdahulu, beregu nombor 60 dunia, Febriana-Meilysa memastikan tempat di pusingan kedua selepas menewaskan pasangan India Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela 21-9, 21-23, 21-19.
Terbuka Malaysia 2026 akan berlangsung hingga 11 Jan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terbuka Malaysia
#badminton
#Pearly Tan-M Thinaah
#Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan