awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
AI.com milik rakyat Malaysia dijual AS$70 juta: Ini 5 perkara menarik!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

7,252 mangsa banjir di Kedah berlindung di 35 PPS

Bernama
Bernama
23/09/2024
10:44 MYT
7,252 mangsa banjir di Kedah berlindung di 35 PPS
Kota Setar masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 4,984 orang, diikuti Pendang (1,604), Kubang Pasu (579) dan Pokok Sena sebanyak 85 orang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 7,252 orang setakat 4 petang ini berbanding 7,958 orang pagi tadi.
Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kesemua mangsa daripada 2,418 keluarga itu kini ditempatkan di 35 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah yang terjejas.
Kota Setar masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 4,984 orang, diikuti Pendang (1,604), Kubang Pasu (579) dan Pokok Sena sebanyak 85 orang.
Laman sesawang Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula memaklumkan hanya Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, Kota Setar masih berada pada paras bahaya.
Di PERAK, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir kekal 29 orang setakat 4 petang ini, dengan kesemua mereka masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak di Kerian.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik di kesemua daerah di Perak pada malam ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir kedah
#PPS
#jumlah mangsa
#Kota Setar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan