KUALA LUMPUR: Tujuh lokaliti di Kedah dan Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 26 Jun sehingga 9 Julai 2021, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berikut lima tumpuan kenyataan media beliau hari ini:

1) PKPD di dua lokaliti di Kedah dan lima di Sabah bermula 26 Jun sehingga 9 Julai 2021.

2) PKPD di enam lokaliti ditamatkan, dua daripadanya lebih awal daripada dijadualkan.

3) Seramai 761 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 741 individu dikompaun, 19 direman manakala seorang lagi dijamin.

4) Antara kesalahan dikesan ialah rentas negeri/daerah tanpa kebenaran, tidak memakai pelitup muka dan gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis.

5) Seramai 14 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditangkap dan enam buah kenderaan darat dirampas.