awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venezuela berkabung 7 hari, tuntut Maduro dikembalikan - Pemangku Presiden
Impian Real Madrid undang kecaman peminat Bayern, Lennart Karl akui kesilapan
Antoine Semenyo sah sertai Manchester City dengan yuran perpindahan 65 juta pound
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

7 selebriti dikompaun langgar SOP PKPB ketika majlis berbuka puasa

Bernama
Bernama
22/06/2021
10:41 MYT
7 selebriti dikompaun langgar SOP PKPB ketika majlis berbuka puasa
Mohamad Zainal berkata enam individu masing-masing dikompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka manakala penganjur yang juga seorang selebriti dikompaun RM10,000 kerana gagal memastikan tetamu memakai pelitup muka. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seramai tujuh selebriti dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 pada April lepas.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata enam individu masing-masing dikompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka manakala penganjur yang juga seorang selebriti dikompaun RM10,000 kerana gagal memastikan tetamu memakai pelitup muka sepanjang majlis diadakan.
"Semua yang terlibat telah dikompaun semalam dengan keseluruhan kompaun berjumlah RM19,000," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata keputusan untuk mengenakan kompaun terhadap semua individu itu dibuat selepas pihaknya menerima kembali kertas siasatan kes daripada pejabat Peguam Negara semalam.
Pada 2 Mei lepas, polis membuka kertas siasatan berkaitan penganjuran majlis yang diadakan di sebuah hotel di Bukit Bintang yang turut dihadiri beberapa artis.
Siasatan turut dilakukan selepas gambar penganjuran majlis berkenaan tular di media sosial yang memaparkan beberapa artis melanggar SOP kerana tiada penjarakan sosial dan tidak memakai pelitup muka ketika menghadiri majlis berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#selebriti
#dikompaun
#langgar SOP
#PKPB
#majlis berbuka puasa
#rapatkan saf
#April
#Dang Wangi
#Mohamad Zainal Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan