MELAKA: Sebanyak 70 peratus daripada 881 individu yang kehilangan upaya disebabkan angin ahmar, lumpuh atau kehilangan anggota badan, kembali memandu dengan selamat menerusi Program Rehabilitasi Memandu dan Menunggang Motosikal atau Return to Drive, pada tahun ini.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, daripada jumlah itu, 65 peratus merupakan penunggang motosikal dan bakinya merupakan pemandu kereta, yang menjalani program rehabilitasi di Pusat Rehabilitasi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak 2018.
"Melalui program ini, individu terlibat perlu menjalani penilaian pramemandu dan menunggang motosikal menggunakan simulator memandu dan latihan atas jalan menggunakan kenderaan diubah suai.
"Laporan hasil penilaian Fit to Drive tersebut, memenuhi standard serta keperluan JPJ... dengan laporan itu, pegawai perubatan Pusat Rehabilitasi Perkeso akan membuat pengesahan pada borang pemeriksaan kesihatan, bagi permohonan lesen memandu orang kurang upaya (OKU) kepada pihak JPJ," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sedunia 2023, yang turut dihadiri Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Melaka, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.
Hasbi berkata, tempoh rehabilitasi memandu yang perlu dijalani setiap individu berkenaan itu berbeza, bergantung kepada tahap kecederaan dan kesembuhan mereka, namun secara purata tempoh berkenaan antara 40 hingga 90 hari.
Beliau berkata, penilaian yang dijalankan ke atas individu terbabit melibatkan pelbagai aspek, antaranya ketangkasan serta refleks dan ia penting bagi memastikan mereka benar-benar dapat memandu dengan selamat, sekali gus mengelakkan risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya yang lain.
"Saya menyokong sepenuhnya program ini, kerana ia bukan sahaja dapat membantu golongan OKU untuk kembali memandu dengan selamat, malah lebih penting memastikan golongan berkenaan dapat meneruskan kehidupan untuk mencari rezeki dengan lesen memandu yang sah," katanya.
Mengulas mengenai Sambutan Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sedunia, beliau berkata, ia bagi memperingati mangsa serta waris mangsa yang kehilangan dan menderita akibat kemalangan jalan raya, selain satu manifestasi solidariti global dalam usaha meningkatkan kesedaran umum berhubung kepentingan keselamatan jalan raya, serta usaha untuk mempertingkatkan bantuan kepada mereka yang terkesan.
Hasbi berkata, tema sambutan tahun ini ialah menerokai sistem keadilan berhubung jalan raya yang meliputi penguatkuasaan undang-undang, penyiasatan kemalangan, pendakwaan, jenayah, tuntutan dan pampasan.
"Program ini juga menjadi citra terhadap usaha kerajaan untuk mengurangkan kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya di negara kita," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 19 2023
Individu terlibat perlu menjalani penilaian pramemandu dan menunggang motosikal menggunakan simulator memandu dan latihan atas jalan menggunakan kenderaan diubah suai. - Gambar hiasan
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
70 peratus daripada 881 individu hilang upaya, kembali memandu
Program Rehabilitasi Memandu dan Menunggang Motosikal atau Return to Drive membimbing mereka yang berdepan cabaran upaya dan kesihatan.
Pesara tentera wira negara dakwa suara tidak dipeduli sejak sekian lama
Rakyat cakna dengan jasa anggota tentera namun sayangnya, saban tahun, ramai dalam kalangan mereka menyuarakan isu sama berkaitan kebajikan.
KPDNHEP tawar kerja kepada isteri tular tunggang motosikal KL-Ipoh
Siti Fatimah yang perlu melapor diri pada 22 Jun ini, melahirkan rasa syukur dan akan menggunakan sebaik-baiknya peluang itu untuk menambah pengalaman dalam perkhidmatan awam.