KAJANG: Sejumlah 70 peratus daripada 44,754 penagih dadah yang menyertai Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dipulihkan daripada kembali terlibat dengan penyalahgunaan bahan terlarang itu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kadar kepulihan itu meningkat berbanding hanya 65 peratus yang dicapai pada tahun sebelumnya.
Melihat kepada momentum kejayaan itu, beliau menyasarkan AADK meningkatkan sasaran kepada 75 peratus pada tahun ini.
"Bagi tahun lepas yang baru berakhir seminggu lalu, angka menunjukkan bagi setiap 100 penagih dadah yang mengikuti program RPDK, kira-kira 70 peratus kekal meninggalkan amalan tersebut.
"Justeru, saya meletakkan sasaran realistik pada tahun ini, berdasarkan keupayaan dan keberkesanan program, saya menggesa AADK untuk meningkatkan tahap pemulihan kepada 75 peratus pada tahun ini," katanya selepas melawat pejabat AADK di sini, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution, petanda aras yang diletakkan di peringkat antarabangsa adalah 35 hingga 50 peratus bagi setiap 100 penagih.
Dalam perkembangan berasingan, beliau mengesahkan beliau sudah diberi taklimat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berhubung seorang pegawai polis berpangkat Insepektor yang disyaki merogol seorang remaja di Kedah, minggu lalu.
Sehubungan itu beliau yakin polis mempunyai asas kukuh untuk meneruskan kes itu.
Tertuduh, Mohd Maliki Azmi, 35, didakwa di Mahkamah Sesyen Sungai Petani atas empat tuduhan merogol dan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan di bilik pejabatnya pada 28 Disember lalu.
Dia bagimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu selepas dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid.
Tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan yang kini berusia 16 tahun dengan kerelaan mangsa menggunakan kedudukan berkuasa dimilikinya.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada jam 6.30 petang 28 Disember tahun lalu, dalam bilik pegawai penyiasat jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan.
Astro Awani
Thu Jan 05 2023

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bercakap pada sidang media di Agensi Antidadah Kebangsaan hari ini. - Foto BERNAMA

Bangladesh larang penjawat awam buat perjalanan guna kemudahan kelas pertama
Sheikh Hasina pada Khamis menandatangani arahan melarang penjawat awam membuat perjalanan menggunakan kemudahan kelas pertama.

Guna laluan sah jika ingin ke Pasar Mundok - PGA
Orang ramai didapati menyeberang ke Pasar Mundok menggunakan bot penumpang yang berulang-alik melalui Sungai Golok.

Aplikasi COVID-19 Jerman kini dalam 'mod tidur'
Aplikasi Corona Warn tidak lagi dikemas kini atau dibangunkan sehingga notis selanjutnya selepas kontrak tamat pada 31 Mei.

Bali keluar panduan etika untuk pelancong
Pekeliling itu menyenaraikan 16 peraturan yang bertujuan untuk memelihara budaya, alam sekitar dan keselamatan Bali.

Paras risiko siber Malaysia bertambah baik ke 'sederhana' pada separuh kedua 2022
Nilesh Jain berkata peralihan positif itu berpunca daripada penambahbaikan dalam kesediaan siber.

Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC
Fasa 1 JENDELA telah mencapai 7.74 juta premis sedia untuk disambungkan dengan Internet gentian, melebihi sasaran awal 7.5 juta premis.

NASA uji pendekatan baharu kesan tsunami
Ia menggunakan isyarat GPS bagi mengesan gelombang di Lingkaran Api Pasifik.

Satu maut, dua cedera ringan akibat dipanah petir ketika memikat burung
Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera ringan selepas dipanah petir ketika sedang memikat burung di kawasan tanah lapang di Kampung Padang Tanjung, Marang, hari ini.

Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat
Skuad hoki remaja lelaki kebangsaan menamatkan cabaran di tangga keempat Piala Remaja Asia 2023 selepas tumpas 1-2 kepada Korea Selatan.

Negara dijangka tidak akan berhadapan krisis bekalan air seperti 1998 - SPAN
Malaysia dijangka tidak akan berhadapan dengan krisis bekalan air seperti yang pernah dialami pada 1998 walaupun negara diramal mengalami fenomena El-Nino pada Jun hingga September ini.

KDN nyatakan komitmen urusan di bawah inisiatif Mecca Route berjalan lancar
Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Imigresen (JIM) memegang pada komitmen untuk memastikan urusan rakyat Malaysia yang menunaikan haji di bawah inisiatif Mecca Route, berjalan lancar.

KDN sasar 75 peratus klien AADK pulih tahun ini - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri menyasarkan sebanyak 75 peratus daripada 100 klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) pulih pada tahun ini.

25 Sept ditetapkan keputusan rayuan kerajaan untuk kembalikan larangan buku
Pengurusan kes mengenai rayuan itu didengar hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mariam Hasanah Othman yang menetapkan tarikh keputusan tersebut.

Kalimah Allah: Usaha kerajaan akan muktamadkan isu yang tidak selesai - Nazri
Isu ini telah cuba dinoktahkan sebelum ini namun akibat kedegilan pihak-pihak tertentu ianya berlarutan hingga ke hari ini.

Pengharaman buku homoseksual ikut undang-undang - AGC
"Pengharaman buku 'Gay is Okay! A Christian Perspective' oleh KDN adalah sejajar dengan peruntukan undang-undang dan telah melalui prosedur yang betul.

Isu kalimah Allah: Kerajaan akan kaji secara komprehensif - Saifuddin
Kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengkaji arahan pentadbiran secara komprehensif berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Isu rayuan penggunaan kalimah Allah: Ini kronologi dan fakta yang perlu anda tahu
Menurut Saifuddin, tindakan itu diambil disebabkan berlaku percanggahan arahan pentadbiran KDN dan kabinet pada tahun 1986.

Permohonan pasport secara online sepenuhnya di 3 pejabat Imigresen bermula Jun - Saifuddin
KDN akan memperkenalkan perkhidmatan permohonan pasport secara dalam talian sepenuhnya di Pejabat Imigresen Kajang, Kelana Jaya dan Wangsa Maju bermula 1 Jun depan.

KDN tambah baik syif anggota Imigresen di sempadan Johor-Singapura - Saifuddin
batan Imigresen Malaysia (JIM) akan memperkenalkan waktu bekerja syif yang baharu kepada anggotanya di pintu sempadan Johor-Singapura bermula 28 Mei depan.

Isu kalimah Allah: Pas Kelantan bimbang keputusan KDN dipengaruhi pihak tertentu
KDN perlu mengadakan libat urus dengan MAIS, MAIWP dan MAIK kerana agensi terbabit diberi hak oleh Mahkamah Rayuan untuk menjadi sahabat Mahkamah.