Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 30 Mac 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 30 Mac 2026.

1. Mayat lelaki ditemukan selepas jiran terhidu bau busuk di rumah Ipoh

Advertisement

Mayat seorang lelaki dalam sebuah rumah di Taman Kledang Jaya, di sini, semalam selepas pihak polis menerima makluman daripada jiran berkenaan bau yang kurang menyenangkan dari rumah tersebut.

2. Pemandu mabuk, positif dadah sebabkan kematian penunggang motosikal direman empat hari

Seorang lelaki yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal di Jalan Raya Barat di sini, semalam direman empat hari. 

3. Cuaca panas bantu hasil mangga Harumanis lebih berkualiti

Fenomena cuaca panas yang melanda Kedah ketika ini membawa rahmat kepada pengusaha mangga Harumanis kerana membantu menghasilkan buah yang lebih manis dan berkualiti tinggi musim ini.

4. 11 kes hasil wang haram: Bekas Panglima Tentera Darat, isteri dibicarakan bersama

Mahkamah Sesyen pada Isnin membenarkan enam kes menerima wang hasil aktiviti haram bernilai hampir RM2.3 juta membabitkan bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan lima kes sama berjumlah RM82,000 dihadapi isterinya, Salwani Anuar @ Kamaruddin dibicarakan bersama.

5. Op Viking: Victor Chin antara 10 individu ditahan, ratusan juta aset disita

Polis pada Isnin mengesahkan ahli perniagaan Victor Chin Boon Loong antara 10 individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram menerusi Op Viking dari 15 Okt 2025 hingga 13 Jan lepas.

6. Harga minyak tinggi, Malaysia berdaya tahan hadapi peningkatan tekanan fiskal

Malaysia kekal berada dalam kedudukan yang baik untuk berdepan tekanan fiskal yang semakin meningkat apabila harga minyak mentah Brent kekal melebihi US$100 setong, menurut penganalisis.

7. MOT cadang pinda Akta 333 wajibkan pesalah di bawah pengaruh alkohol bayar ganti rugi

Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang mewajibkan pesalah membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa, selain daripada hukuman penjara yang dikenakan.

8. Konflik Asia Barat: PM pengerusi Mesyuarat MTEN esok bincang strategi depani impak

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) esok bagi membincangkan strategi mendepani impak konflik geopolitik Asia Barat.

9. Hannah Yeoh turun padang pantau kegiatan ulat foto di KLCC

Melalui rakaman yang disiarkan di Facebook rasminya, Hannah turut ditemani Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Fadlun Mak Ujud berserta pegawai penguatkuasa DBKL di Jalan Ampang.

10. Balu mangsa pemandu mabuk nekad tuntut keadilan buat suami, anak

Balu kepada mangsa yang maut selepas dirempuh seorang pemandu dipercayai di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Klang, Selangor semalam nekad mahu berjuang bagi menuntut keadilan di mahkamah.

 

 

Must Watch Video