KUALA LUMPUR: Seramai 4,957 warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 pada Isnin dan daripada jumlah itu, 71 didapati positif.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, secara kumulatifnya, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan seramai 623,443 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 yang melibatkan 32,218 majikan.

Berikut lima perkara penting sidang media Ismail Sabri pada Selasa;

1. Status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kedah, Perak dan Negeri Sembilan akan ditukar kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 19 sehingga 31 Mac ini.

2. Operasi Bazar Ramadan dan Aidilfitri dibenarkan di seluruh negara sepanjang Ramadan ini.

3. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempunyai kuasa untuk membuat kesalahan perincian serta mengurangkan kompaun kesalahan akibat melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

4. 134 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB) dan Pemulihan (PKPP) di seluruh negara.

4. Operasi Benteng telah menangkap 10 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas tiga kenderaan darat.

5. Sebanyak 70 operasi sanitasi dilakukan meliputi 27 zon merah, enam zon jingga, 10 zon kuning dan dua zon hijau di seluruh negara.