JEMPOL: Seramai 624 Tok Batin dari 853 perkampungan Orang Asli di seluruh negara bersetuju untuk menerima vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, daripada jumlah itu, hampir 50 peratus telah menerima vaksin sekali gus menjadi teladan kepada masyarakat itu untuk turut sama menerima suntikan.
"Idolanya ialah Tok Batin, maka hari ini jumlah Tok Batin (divaksin dan setuju divaksin) telah meningkat naik, jika Tok Batin terima (vaksin) maka anak buah mereka akan mengikut.
"Proses bermula dengan Tok Batin, ini sangat penting dalam kalangan Orang Asli, golongan ini boleh dijadikan idola supaya mereka boleh mempengaruhi penduduk lain menerima vaksin," katanya kepada pemberita dalam program vaksinasi masyarakat Orang Asli di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata jumlah mereka yang bersetuju menerima vaksin juga turut meningkat susulan pelbagai inisiatif dilakukan kementerian dan agensi termasuk Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menerusi program Outreach Vaksinasi COVID-19 iaitu 28,143 daripada keseluruhan 144,180 Orang Asli.
Abdul Rahman berkata daripada jumlah tersebut seramai 4,496 telah menerima satu dos vaksin manakala 1,511 individu lagi telah melengkapkan dua dos vaksin.
Menurutnya, jumlah itu bukanlah angka yang mudah untuk diperoleh berikutan kesukaran golongan itu mendapatkan akses untuk mendaftar selain kurang kefahaman tentang kepentingan vaksin COVID-19.
"Kebanyakan Orang Asli nak daftar MySejahtera kena ada yang bantu, jadi bila ada program yang masuk ke pedalaman ini memudahkan mereka. Kita rasa amat bangga kerana melalui program ini, ada peningkatan yang ketara dalam jumlah (mereka yang) setuju terima vaksin berbanding sebelum ini," katanya.
Sementara itu, Pengerusi RISDA Datuk Mohd Salim Mohd Sharif berkata RISDA terlibat secara langsung dalam program itu memandangkan hampir 80 peratus daripada keseluruhan Orang Asli merupakan pekebun kecil yang mengusahakan Projek Tanam Semula Berkelompok.
"Kita merupakan antara agensi yang rapat dengan mereka, jadi kita pujuk mereka, sebelum ini pun kita turun pujuk Orang Asli bersama Jabatan Kesihatan Daerah, mereka sebelum ini tak nak kerana percaya pelbagai dakyah tidak tepat," katanya.
Terdahulu, seramai 260 individu dari Kampung Orang Asli Panchor dan Kampung Batu Peti di sini menerima vaksin jenis Sinovac.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 22 2021
Abdul Rahman (kanan) bertanya sesuatu kepada salah seorang warga Orang Asli yang menunggu giliran untuk menerima vaksin COVID-19 pada di Kampung Orang Asli Panchor. - Bernama
PADU: Lebih 9 juta telah daftar
Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) meningkat kepada 9.24 juta setakat Khamis.
PM adakan lawatan singkat ke Sarawak pada Sabtu
Dalam lawatan singkat ke Sarawak pada Sabtu, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara lain bakal melakukan walkabout di Bazar Ramadan Desa Ilmu disusuli Majlis Iftar Berbuka Puasa Madani di Masjid Al-Muttaqin
UMNO Sabah akan lebih teliti pilih calon - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak mahu calon yang akan diketengahkan UMNO dalam PN Sabah nanti ditolak rakyat sekaligus mendatangkan kerugian buat parti itu.
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej disambung
Hakim Mahkamah Nur Asyraf Zolhani membenarkan tempoh reman disambung tujuh hari bermula Jumaat
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Pesawat Bombardier CL-415 Maritim Malaysia digerakkan bagi membantu memadam kebakaran yang dikesan berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Baram
Dua lelaki mengaku tidak bersalah lakukan rompakan berkumpulan
Dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan secara berkumpulan, minggu lepas.
Kesabaran rakyat ada batasnya - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan isu air di Sabah perlu segera diselsesaikan jika tidak ia akan memberi kesan besar kepada rakyat.
AWANI Borneo [29/03/2024] - Kes bunuh pelajar kolej vokasional | Operasi bom air | Ini satu musibah - Bung Moktar
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej vokasional disambung
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Bung Moktar desak kerajaan Sabah segera selesaikan isu air
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej vokasional disambung
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Bung Moktar desak kerajaan Sabah segera selesaikan isu air
Projek LRT tidak jejas status George Town sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke
Kerajaan jamin pembangunan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang tidak akan menjejaskan status George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Ahli perniagaan didakwa tipu, pecah amanah, salah guna harta syarikat RM13.4 juta
Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menipu, pecah amanah dan menyalahgunakan harta syarikat, melibatkan kerugian berjumlah RM13.4 juta.
Cuaca panas: Orang Asli hadkan aktiviti luar rumah, masuk hutan
Bahang cuaca panas menyebabkan masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Brooke terpaksa mengurangkan aktiviti di luar rumah dan masa bekerja di dalam hutan.
Orang Asli di Pahang tidak perlu khuatir ladang getah, kelapa sawit tetap beroperasi
Kerajaan negeri kini sedang melaksanakan beberapa tindakan ke atas tanah terlibat bagi memudahkan proses pembayaran cukai tanah sebagaimana dilakukan terhadap agensi lain.
DOSM Terengganu dekati komuniti Orang Asli, elak tercicir daftar PADU
Jabatan Perangkaan Malaysia Terengganu giat menjalankan program pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) melibatkan komuniti Orang Asli.
Sistem PADU bantu Orang Asli elak tercicir inisiatif kerajaan
Along, dari suku kaum Temiar yang tinggal di Pos Belatim, berkata dia sanggup menunggang motosikal untuk hadir di kaunter PADU.
Banjir: JAKOA akan pastikan masalah Orang Asli diselesaikan
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan memastikan setiap masalah yang dihadapi mangsa banjir melibatkan masyarakat Orang Asli di seluruh negara, akan diselesaikan segera.
JAKOA pastikan bekalan makanan Orang Asli terjejas banjir sentiasa cukup
Sehingga kini terdapat tiga Kampung Orang Asli di Mersing dan enam di Kluang yang terjejas hubungan susulan banjir.
Operasi hantar bekalan makanan ke 56 kampung Orang Asli selesai - Bomba
Unit Udara JBPM menamatkan penugasan penghantaran 20.8 tan metrik bekalan makanan ke 56 kampung membabitkan lima pos Orang Asli, yang terputus jalan perhubungan darat, semalam.
Perkhidmatan telekomunikasi di Pos Lemoi, Telimau pulih
Perkhidmatan telekomunikasi di dua penempatan Orang Asli, iaitu Pos Lemoi dan Pos Telimau di Cameron Highlands pulih sepenuhnya hari ini.
Banjir: JAKOA hantar bantuan makanan menerusi rakan strategik
JAKOA akan menghantar bantuan bekalan makanan ke tujuh pos masyarakat Orang Asli di jajahan Gua Musang melalui bantuan rakan strategik.
Tiga jambatan balak usang di penempatan Orang Asli perlu dibaiki
Penduduk daripada sembilan kampung di RPS Kuala Betis (Blok A) terpaksa menggunakan tiga jambatan kayu balak usang sebagai laluan utama keluar dan masuk ke penempatan mereka bagi urusan harian.