awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
28/03/2024
07:50 MYT
7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta
Ramli menunjukkan antara barang rampasan sindiket penipuan pelaburan. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Belum sampai tiga bulan memasuki tahun 2024, polis sudah merekodkan 7,348 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.
Jumlah kerugian itu mencatatkan peningkatan 89 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Sindiket penipuan pelaburan yang merekodkan kerugian tertinggi dikesan aktif menggunakan aplikasi Telegram, Facebook dan WhatsApp untuk memancing mangsa.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sejumlah 3,785 kes atau 52 peratus kes berjaya dituduh di mahkamah sepanjang tempoh 1 Januari hingga 24 Mac.
Ramli berkata, seramai 4,131 individu ditahan dengan 71 peratus membabitkan lelaki yang disyaki terbabit aktiviti jenayah komersial bagi tempoh sama.
Katanya, 75 peratus daripada mereka yang ditahan berperanan sebagai pemilik akaun keldai, pekerja am (13 peratus), dalang sindiket (tujuh peratus), operator (tiga peratus) dan penyelia (satu peratus).
"Majoriti ditahan tidak mempunyai pendidikan tinggi di mana hanya satu peratus daripada mereka memiliki ijazah, dan empat peratus pemegang sijil diploma.
"Sejumlah besar iaitu 84 peratus daripada yang ditahan hanya berpendidikan sekolah menengah dan selebihnya sebanyak 11 peratus sekolah rendah sahaja," katanya pada sidang media di sini pada Khamis.
Menurutnya, dalam kalangan yang ditahan hanya lima peratus warga asing, dengan paling ramai membabitkan rakyat China, diikuti Indonesia, Guinea, Bangladesh dan Nigeria.
"Sejumlah besar ditahan berusia lingkungan 19 hingga 30 tahun yang mewakili 36 peratus, diikuti usia 31 hingga 40 tahun (30 peratus), 41 hingga 50 tahun (20 peratus), 51 hingga 60 tahun (lapan peratus), 60 ke atas (lima peratus) dan bawah 18 tahun (satu peratus)," katanya.
Topic Berkaitan
#JSJK
#statistik penipuan pelaburan
#Ramli Mohamed Yoosuf
#Bukit Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan