awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

7,364 individu diarah kuarantin wajib

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
08/08/2020
07:13 MYT
7,364 individu diarah kuarantin wajib
Ismail Sabri berkata, kesemua individu itu ditempatkan di 30 buah hotel dan lima Institut Latihan Awam. - Gambar NADMA
Seramai 7,364 individu yang pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa diarahkan menjalani proses kuarantin wajib di pusat kuarantin yang ditetapkan kerajaan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua mereka ditempatkan di 30 buah hotel dan lima Institut Latihan Awam (ILA).
"Sejak 24 Julai hingga 7 Ogos lalu, mereka telah pulang dari 30 negara termasuk Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, dan Sepanyol.
"Daripada jumlah itu, seramai 20 individu telah dibawa ke hospital untuk rawatan kerana positif COVID-19," katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata, sebanyak 10 tapak pembinaan di seluruh negara telah diperiksa melibatkan 33 anggota penguatkuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
Daripada jumlah itu, pemeriksaan telah mendapati kesemua 10 tapak binaan telah patuh SOP yang ditetapkan," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan di 707 premis perniagaan termasuk peruncit, pemborong dan pengilang.
Secara keseluruhan, katanya, bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperolehi.
"Pegawai penguatkuasa KPDNEHP juga telah melakukan 2,643 pemeriksaan khas pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan mendapati 2,551 premis mematuhi SOP yang ditetapkan manakala 87 premis diberi nasihat kerana tidak patuh SOP.
"Lima lagi premis pula diberi amaran kerana tidak patuh SOP," ujarnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#hotel
#ismail sabri yaakob
#kerajaan
#koronavirus
#kuarantin wajib
#perintah kawalan pergerakan
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan