SEREMBAN: Sebanyak 75 kes direkodkan berhubung penipuan individu menyamar sebagai kenalan untuk meminjam wang membabitkan nilai kerugian keseluruhan berjumlah RM393,817 di Negeri Sembilan setakat Isnin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan Supt Aibee Ab Ghani berkata jumlah itu meningkat berbanding 68 kes (RM346,349) sepanjang 2020.
Menurutnya, modus operandi sindiket berkenaan adalah dengan menghantar pautan kepada mangsa melalui aplikasi WhatsApp dan kemudian meminta mangsa memberikan nombor Kod Kebenaran Transaksi (TAC) setelah pautan itu ditekan.
"Apabila TAC diberikan, suspek seterusnya akan mengambil alih talian WhatsApp dengan menyamar sebagai individu berkenaan.
"Suspek akan menggunakan talian mangsa dan menghantar pesanan kepada rakan mangsa menyatakan mahu meminjam wang kira-kira RM500 dengan kadar segera susulan kecemasan seterusnya memberikan akaun bank dengan nama lain dengan alasan akaun mangsa mempunyai masalah," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Justeru, beliau menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati sekiranya diberikan sebarang pautan daripada WhatsApp selain tidak memberikan apa-apa nombor pin atau TAC kepada orang lain.
Beliau juga berkata sekiranya sesiapa ada menerima WhatsApp meminta untuk meminjam wang kononnya daripada rakan sendiri, perlulah berhubung terus dengan rakan melalui panggilan biasa untuk pengesahan kerana suspek berupaya menggunakan kaedah 'hijack' WhatsApp.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 15 2021
Modus operandi sindiket berkenaan adalah dengan menghantar pautan kepada mangsa melalui aplikasi WhatsApp dan kemudian meminta mangsa memberikan nombor TAC setelah pautan itu ditekan. - Gambar hiasan
Penghantaran pertama bantuan kemanusiaan AS tiba di Gaza
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Jumaat mengumumkan kejayaan penghantaran pertama bantuan ke Semenanjung Gaza melalui dermaga kemanusiaan multinasional.
Malaysia sertai Persidangan Antarabangsa Menteri-Menteri Kebudayaan di Turkmenistan
Malaysia merupakan antara negara yang menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Kebudayaan Antarabangsa yang bermula semalam di Ashgabat, kata Duta Turkmenistan ke Malaysia M. Mashalov.
California terus berada di kedudukan teratas dalam kadar pengangguran di AS
California terus menerajui Amerika Syarikat (AS) dalam jumlah kehilangan pekerjaan sejak awal tahun ini.
KUSKOP seru setiap agensi perkasa operasi perbankan digital, khususnya AI
Semua agensi di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi diseru memperkasa operasi perbankan digital masing-masing khususnya melibatkan bidang kecerdasan buatan (AI).
Cecah 43 celcius, elak dehidrasi, strok haba
Beberapa jemaah Malaysia bakal haji akui cuaca begitu panas di Mekah sekarang, tetapi mereka mengambil langkah waspada untuk tidak terdedah dengan cuaca di luar bagi mengelak dehidrasi dan strok haba sebagaimana disarankan Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Faisal Halim tunjukkan kesembuhan positif - Adam
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim, kini menunjukkan tanda-tanda kesembuhan yang positif.
Setiap hari terpaksa 'berperang' dengan ribuan lalat
Penduduk Flat Taman Sintar Indah, Nibong Tebal tidak mampu lagi bertahan dengan 'kehadiran' ribuan lalat setiap hari yang telah menganggu kehidupan seharian mereka.
PBT diingatkan guna peruntukan secara telus - KPKT
KPKT memberi peringatan kepada semua agensinya terutama pihak berkuasa tempatan (PBT) agar melaksanakan semua projek yang mendapat peruntukan kementerian secara telus dan mengikut piawaian ditetapkan.
Jenazah Allahyarham Konstable Muhammad Syafiq selamat dikebumikan
Jenazah korban serangan Balai Polis Ulu Tiram, Allahyarham Konstable Muhammad Syafiq Ahmad Said, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu 8, Jalan Gambang, Kuantan pada Sabtu jam 5.50 petang.
Cuepacs yakin semua penjawat awam sedia terima teguran
Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata setiap pandangan terhadap penjawat awam bertujuan untuk memperbaiki atau menambah baik sesuatu perkara yang mungkin terdapat kelemahan.
75 kes menyamar rakan untuk pinjam wang babitkan kerugian lebih RM300,000
Menurut polis, jumlah itu meningkat berbanding 68 kes (RM346,349) sepanjang 2020.