awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak buka pintu kenderaan punca kemalangan enam kenderaan di Jalan Tun Razak
Wartawan wanita perlu imbangi teknologi dan integriti - Noraini
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

76 lagi kes baharu varian Delta dikesan di Sarawak

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
21/07/2021
06:22 MYT
76 lagi kes baharu varian Delta dikesan di Sarawak
Varian tersebut dikesan melalui pengesanan dan pengawasan berterusan varian-varian SARS-COC-2 yang sedang menular di seluruh negeri.
KUCHING: Sarawak merekodkan 76 lagi kes baharu varian Delta (B.1.167.2) di tujuh bahagian negeri itu, menjadikan jumlah keseluruhan 93 kes melibatkan varian itu sejak dilaporkan pada 4 Julai lalu.
Pengarah Institut Kemahiran dan Perubatan Komuniti (IHCM) UNIMAS, Profesor Dr David Perera berkata varian tersebut dikesan melalui pengesanan dan pengawasan berterusan varian-varian SARS-COC-2 yang sedang menular di seluruh negeri.
"Sempel daripada kes positif telah diuji antara 7 Jun hingga 13 Julai. Majoriti kes varian Delta iaitu sebanyak 52 kes dikesan di Kuching,” katanya dalam satu laporan.
Laporan itu dikemukakan Dr Perera kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Rabu.
Tambah Dr Perera, kes-kes itu dikenal pasti dalam sampel dari Hospital Sentosa, Balai Polis Satok serta beberapa lagi kawasan di Kuching.
Katanya, selain itu, varian itu juga dikesan di Serian (11 kes); Samarahan (tiga kes); Sri Aman (lima kes); Sibu, Miri dan Betong masing-masing satu kes.
"Kita juga mengesan satu kes di bawah kategori kes Import A dan Import B," katanya.
Terdahulu, 17 kes varian Delta dikesan di Kuching yang mana 16 kes dilaporkan Dr Perera dalam kenyataan pada 13 Julai lalu.
Topic Berkaitan
#Varian Delta
#Sarawak
#kes baharu
#IHCM Unimas
#Prof Dr David Perera
#Douglas Uggah Embas
#Kuching
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan