awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

77 rakyat Malaysia ditahan di luar negara bagi kesalahan dadah - Bukit Aman

Bernama
Bernama
28/12/2023
12:23 MYT
77 rakyat Malaysia ditahan di luar negara bagi kesalahan dadah - Bukit Aman
Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata daripada jumlah itu, 32 individu ditahan kerana menyeludup dadah pada 2021, manakala 17 individu ditangkap bagi kesalahan yang sama pada tahun berikutnya. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 77 rakyat Malaysia ditahan di luar negara bermula 2021 hingga November tahun ini atas pelbagai kesalahan dadah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata daripada jumlah itu, 32 individu ditahan kerana menyeludup dadah pada 2021, manakala 17 individu ditangkap bagi kesalahan yang sama pada tahun berikutnya.
Beliau berkata 28 individu pula ditahan kerana terpedaya dan menjadi mangsa keldai dadah di pintu masuk pelbagai negara bagi tempoh 11 bulan pertama tahun ini.
"Kebelakangan ini kes tangkapan rakyat Malaysia di luar negara yang dikaitkan dengan keldai dadah (drug mule) semakin meningkat.
"Sindiket dadah dapat mempengaruhi dan memperalat rakyat Malaysia dengan menawarkan upah yang lumayan antara RM5,000 hingga RM10,000 untuk menyeludup dadah ke luar negara melalui media sosial," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata situasi ini amat membimbangkan dan polis menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar berwaspada dan tidak terpedaya dengan sindiket dadah yang semakin licik menawarkan pelbagai tawaran serta habuan tinggi untuk mencari mangsa yang dapat digunakan menyeludup masuk dadah ke luar negara.
Polis meminta orang ramai agar menghubungi hotline JSJN 012-2087222 dengan segera jika mempunyai sebarang kemusykilan atau keraguan berkenaan tawaran percutian percuma atau kerja di luar negara atau lain-lain tawaran dengan gaji yang lumayan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia ditahan
#kesalahan dadah
#luar negara
#Bukit Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan