awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PAU 2025: Perwakilan cadang buka lebih banyak ruang dan pentas untuk suarakan pandangan
Tahap kesihatan PM Anwar memberangsangkan, boleh jalani tugas rasmi - Pengarah HSIS
Polis tahan lelaki pukul kanak-kanak guna rotan di Petaling Jaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

779 kes kemalangan maut babitkan pelajar sekolah - Pengarah JSPT

Bernama
Bernama
23/10/2024
09:50 MYT
779 kes kemalangan maut babitkan pelajar sekolah - Pengarah JSPT
Sebanyak 779 kes kemalangan maut membabitkan pelajar sekolah direkodkan di seluruh negara sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini, dengan jumlah keseluruhan 4,043 kes kemalangan jalan raya melibatkan pelajar sekolah. -Gambar hiasan
IPOH: Sebanyak 779 kes kemalangan maut membabitkan pelajar sekolah direkodkan di seluruh negara sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini.

Ringkasan AI
  • Sebanyak 779 kes kemalangan maut membabitkan pelajar sekolah direkodkan di seluruh negara sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini, dengan jumlah keseluruhan 4,043 kes kemalangan jalan raya melibatkan pelajar sekolah.
  • Bukit Aman mengadakan operasi khas dengan fokus kepada penunggang motosikal, yang merupakan penyumbang utama kemalangan jalan raya. Ini sebagai respons kepada kebimbangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Program ini dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keselamatan jalan raya dan pematuhan undang-undang, terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah.
  • Sebanyak 498 pelajar sekolah yang berusia 17 tahun dan ke bawah terbabit dalam kegiatan mat rempit sepanjang tempoh tersebut.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata sebanyak 4,043 kes kemalangan jalan raya melibatkan pelajar sekolah direkodkan sepanjang tempoh berkenaan.
Beliau berkata jumlah itu menunjukkan trend membimbangkan dan ia telah mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Pihak Bukit Aman telah menyahut kebimbangan (Perdana Menteri) dan kita mengadakan operasi khas kemalangan jalan raya dengan memberi fokus kepada penunggang motosikal kerana ia merupakan antara penyumbang kemalangan jalan raya paling tinggi berbanding kenderaan lain," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Advokasi Kesedaran Keselamatan Jalan Raya dan Op Khas Motosikal di Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson di sini hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Yusri berkata sebanyak 498 pelajar sekolah yang berusia 17 tahun dan ke bawah terbabit dalam kegiatan "mat rempit" direkodkan sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini.
Terdahulu, Mohd Yusri dalam ucapannya berkata program advokasi kesedaran dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan keselamatan jalan raya dan pematuhan terhadap undang-undang serta peraturan jalan raya.
"Ia bagi mengurangkan kemalangan jalan raya melalui pendidikan dan latihan serta mendorong tingkah laku yang selamat ketika menggunakan jalan raya, terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes kemalangan maut
#pelajar sekolah
#Mohd Yusri Hassan Basri
#kemalangan jalan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan