Kemeriahan sambutan Hari Sukan Negara pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Abdul Razak tidak berpanjangan apabila 78 orang pelajarnya dikejarkan ke Hospital Pekan di sini selepas disyaki keracunan makanan, petang Sabtu.
Astro AWANI difahamkan dua orang pelajar mula mengadu sakit perut kira-kira jam 3 petang Sabtu ketika sedang berehat di bilik asrama selepas terlibat dalam acara sambutan hari berkenaan.
Jumlah pelajar yang mengadu sakit perut dan muntah kian bertambah sebelum mereka dibawa ke Hospital Pekan bagi tujuan pemeriksaan.
Pada awal kejadian, beberapa pelajar tingkatan satu mendakwa mula merasa sakit mencucuk-cucuk di dalam perut ketika sedang berehat di dalam bilik asrama, namun akibat tidak dapat menahan kesakitan mereka kemudianya mengadu kepada warden.
Warden asrama kemudiannya membuat pengumuman meminta pelajar-pelajar yang sakit perut dan muntah untuk berkumpul dan dibawa ke hospital.
Hasil temubual dengan beberapa lagi mangsa keracunan mendapati mereka mula mengalami sakit perut selepas makan nasi minyak, kuih samosa serta air minuman yang disediakan.
Sementara itu, Pengarah Hospital Pekan, Datuk Dr. Daud Othman yang dihubungi mengesahkan pihaknya menerima 27 orang pelajar setakat jam 8 malam dan baki seramai 49 orang lagi telah dibawa dari sekolah bagi tujuan pemeriksaan.
Kesemua pelajar menerima rawatan kecemasan dan tiada yang ditahan di wad.
Astro Awani
Sun Oct 11 2015
Pelajar MRSM Tun Razak terbaring ketika menunggu rawatan di Hospital Pekan akibat mengalami keracunan makanan hari ini. - Gambar BERNAMA
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
78 pelajar MRSM Tun Abdul Razak alami keracunan makanan dikejar ke hospital
Kemeriahan sambutan Hari Sukan Negara pelajar Maktab Rendah Sains Mara Tun Abdul Razak tidak berpanjangan apabila 78 orang pelajarnya dikejarkan ke Hospital Pekan selepas disyaki keracunan makanan.