awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

78 pelatih Pulapol KL positif COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
30/01/2021
05:09 MYT
78 pelatih Pulapol KL positif COVID-19
Seramai 78 pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak disahkan positif COVID-19. -Gambar fail
KUALA LUMPUR :Seramai 78 pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak, di sini, disahkan positif COVID-19.
Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata semua pelatih yang positif kini telah diasingkan dan diarahkan menjalani kuarantin.
“Terdapat 525 pelatih dan daripada jumlah itu seramai 78 orang didapati positif COVID-19.
"Kita telah mengenakan tindakan kuarantin dan mengasingkan mereka.
“Semua asrama juga telah disanitasi untuk proses nyahkuman.
“Tiada pergerakan keluar masuk dibenarkan," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian pada Sabtu.
Tambahnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah memantau situasi semasa di pusat latihan berkenaan.
KKM pada Jumaat memaklumkan negara merekodkan kes harian tertinggi selepas 5,725 kes dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara ialah 203,933 kes.
Daripada keseluruhan jumlah kes baru, 5,718 adalah kes penularan tempatan manakala tujuh lagi kes import.
Topic Berkaitan
#PULAPOL
#pelatih
#kuarantin
#Kementerian Kesihatan
#COVID-19
#KKM
#Ramli Din
#proses nyahkuman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan