79 kes rasuah libat warga PDRM, isu integriti terus jadi perhatian - KPN

Mohd Khalid menyampaikan amanat pada Majlis Pengiktirafan Tolak Rasuah dan Sambutan Bulan Integriti Peringkat Polis Diraja Malaysia 2025 hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak 79 daripada 1,022 kes rasuah yang dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari Januari hingga September tahun ini adalah melibatkan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.
Ringkasan AI
- 79 daripada 1,022 kes rasuah dilaporkan kepada SPRM melibatkan pegawai dan anggota PDRM, menunjukkan isu integriti dalam pasukan tersebut masih kritikal.
- PDRM komited dalam membangunkan Strategi Pembanterasan Rasuah Organisasi (OACS-PDRM) berpaksikan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) untuk memperkukuh integriti dan usaha pembanterasan rasuah.
- Ketua Polis Negara menyeru semua jabatan dan formasi PDRM untuk memperkukuh mekanisme pencegahan, pengawasan pematuhan, dan nilai integriti bagi melindungi imej pasukan daripada pengaruh negatif.
"Sebagai agensi penguat kuasa utama negara, menjadi tanggungjawab kita memastikan integriti sebagai teras utama dalam setiap tindakan dan keputusan," katanya pada Majlis Pengiktirafan Tolak Rasuah dan Sambutan Bulan Integriti Peringkat PDRM 2025 di Maktab PDRM di sini hari ini.
Mohd Khalid berkata Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) turut merekodkan 1,523 kertas siasatan tatatertib yang telah dibuka atas pelbagai kesalahan termasuk 47 kes melibatkan rasuah.
Beliau berkata seiring dengan dasar negara, PDRM komited dalam pembangunan Strategi Pembanterasan Rasuah Organisasi (OACS-PDRM) yang berpaksikan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) sebagai panduan untuk memperkukuh integriti, tatakelola dan usaha pembanterasan rasuah dalam pasukan.
"Saya menyeru semua jabatan dan formasi berganding bahu dalam usaha ini bagi memastikan strategi pembanterasan rasuah PDRM dapat dibangunkan dengan komprehensif, tersusun dan berkesan.
"Marilah kita terus memperkukuh mekanisme pencegahan, pengawasan pematuhan dan pembudayaan nilai integriti di setiap lapisan organisasi, kita harus bersama melindungi imej pasukan daripada pengaruh negatif yang mencemarkan nama baik PDRM," katanya.
Pada majlis sama, Mohd Khalid merakamkan penghargaan kepada JIPS serta jabatan terlibat atas kejayaan PDRM meraih Anugerah Perak dalam Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2025 yang diumumkan pada 22 Okt lepas.
Beliau berkata kejayaan itu membuktikan PDRM berada di landasan tepat dalam memperkukuh dasar, pematuhan standard serta mempergiat inisiatif pembudayaan integriti dalam kalangan warga pasukan.
Terdahulu, Mohd Khalid menyampaikan Sijil Pengiktirafan Tolak Rasuah kepada 41 pegawai dan anggota polis serta Anugerah Integriti kepada lapan pegawai polis yang menunjukkan keteguhan prinsip menolak rasuah, walaupun ditawarkan sogokan antara RM200 hingga RM250,000.
"Anda semua adalah model peranan yang perlu dicontohi, semoga pengiktirafan ini bukan sahaja menjadi penyuntik semangat kepada penerima tetapi juga sumber inspirasi kepada seluruh warga PDRM untuk terus meletakkan integriti dalam setiap tindakan dan keputusan," katanya.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah kes rasuah yang melibatkan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dilaporkan kepada SPRM dari Januari hingga September tahun ini? A: Sebanyak 79 daripada 1,022 kes rasuah yang dilaporkan kepada SPRM adalah melibatkan pegawai dan anggota PDRM.
- Q: Apakah tindakan yang diambil oleh PDRM bagi mengatasi isu integriti dalam pasukan? A: PDRM mengambil tindakan dengan memperkukuh budaya integriti, meningkatkan pengawasan dalaman, dan komited dalam pembangunan Strategi Pembanterasan Rasuah Organisasi (OACS-PDRM) berpaksikan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS).
- Q: Berapakah jumlah kertas siasatan tatatertib yang dibuka oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) termasuk kes rasuah? A: JIPS merekodkan 1,523 kertas siasatan tatatertib yang telah dibuka, termasuk 47 kes yang melibatkan rasuah.
- Q: Apakah anugerah yang dimenangi oleh PDRM dalam Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2025? A: PDRM meraih Anugerah Perak dalam AIGA 2025 yang menunjukkan kejayaan dalam memperkukuh dasar, pematuhan standard, dan inisiatif pembudayaan integriti.
- Q: Berapakah jumlah pegawai polis yang menerima Sijil Pengiktirafan Tolak Rasuah dan Anugerah Integriti dalam majlis yang diadakan? A: Sebanyak 41 pegawai dan anggota polis menerima Sijil Pengiktirafan Tolak Rasuah manakala lapan pegawai polis menerima Anugerah Integriti dalam majlis tersebut.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

