KUALA TERENGGANU: Seramai 79 kakitangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu terlibat dalam pelbagai kes salah laku dan masalah disiplin sepanjang tahun lepas.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata jumlah itu melibatkan 16 kesalahan jenayah, salah laku (47), narkotik (lima), tidak hadir tugas (lapan), syariah (dua) dan satu kes berkaitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Antara kesalahan paling serius ialah kes ugutan terhadap masyarakat. Kita memandang serius hal ini kerana polis sepatutnya menjadi pelindung kepada orang ramai.
"Justeru kita akan mengadakan lebih banyak kursus dan program bersesuaian pada tahun ini di peringkat negeri dan daerah bagi meningkatkan integriti anggota serta pegawai PDRM," katanya selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini, hari ini.
Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sijil penghargaan PDRM kepada 27 penerima termasuk anggota dan pegawai agensi penyelamat serta pengamal media yang telah memberi laporan tepat dan telus berkaitan tugas-tugas kepolisan.
Dalam pada itu, Rohaimi berkata kadar indeks jenayah Terengganu tahun lepas telah mencatat penurunan sebanyak 7.34 peratus iaitu 1,477 kes berbanding 1,597 kes pada 2021.
Menurut beliau, bagi kesalahan narkotik, sebanyak 119 tangkapan melibatkan 11,086 suspek direkodkan tahun lepas berbanding 117 tangkapan membabitkan 10,222 suspek pada 2021.
"Bagi jenayah komersial pula, sebanyak 1,311 kes melibatkan 536 tangkapan dilakukan tahun lepas berbanding 1,219 kes dengan 401 tangkapan pada 2021. Kes terbesar melibatkan penipuan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 10 2023
Jumlah itu melibatkan 16 kesalahan jenayah, salah laku (47), narkotik (lima), tidak hadir tugas (lapan), syariah (dua) dan satu kes berkaitan SPRM.
Pantau Belanjawan: Memartabatkan perumahan sebagai hak asasi
Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI), Dr Suraya Ismail berbicang lanjut mengenai akses kepada perumahan yang menangani masalah ini melalui 'kesamarataan' manusia di Malaysia.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Fikir dahulu sebelum kongsi di media sosial - Pakar
Dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, pengguna media sosial disarankan lebih bertanggungjawab dalam menggunakan platform tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara pusat pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Anggaran pendapatan naik 12 peratus kepada RM1.67 bilion
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Wan Nadiah didapati bersalah selepas siasatan domestik TMC Life Sciences
Syarikat penyedia penjagaan kesihatan itu berkata lembaga pengarahnya kini akan menentukan tindakan tatatertib yang sesuai terhadap Wan Nadiah.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
KPT bakal bincang dengan Mindef bagi tangani salah laku di UPNM
KPT memaklumkan bahawa langkah itu untuk memastikan keselamatan pelajar di kampus tersebut terjamin dan agar insiden serupa tidak berulang.
Pasukan petugas khas perlu diwujudkan, tangani isu salah laku - Pengerusi EAIC
Pasukan petugas khas perlu diwujudkan bagi menangani pelbagai isu serius melibatkan salah laku dan integriti dengan lebih berkesan.
Tiada kompromi pegawai, anggota polis terlibat salah laku - KPN
Tiada kompromi terhadap pegawai dan anggota terbabit salah laku yang merosakkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM), tegas Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Pegawai kanan polis didakwa ugut kontraktor, hantar gambar pembunuhan kejam
Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini, atas pertuduhan mengugut dua individu.
KDN sedia laksana pusingan kerja lebih kerap, bendung salah laku - Saifuddin
KDN sedia melaksanakan pusingan kerja yang lebih kerap dalam agensi-agensinya untuk membendung salah laku yang boleh merosakkan imej kementerian.
Ketua jabatan laku kesalahan jika tak ambil tindakan terhadap pegawai terlibat rasuah, salah laku
Ketua jabatan yang tidak mengambil tindakan terhadap pegawai terlibat dengan salah laku dan rasuah boleh dianggap melakukan kesalahan.
JPN tidak kompromi sebarang salah laku integriti kakitangan
Tindakan dan hukuman yang berkaitan dan setimpal akan dikenakan sekiranya siasatan dijalankan membuktikan pegawai didapati bersalah.
Tiga anggota Balai Polis Pulau Tikus ditahan
Polis Pulau Pinang hari ini mengesahkan penahanan tiga anggotanya yang bertugas di Balai Polis Pulau Tikus bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah laku, Jumaat Lepas.