awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gereja bersejarah Vondelkerk musnah dalam kebakaran malam Tahun Baharu
MediaTek lancar cip Dimensity 7100 untuk peranti 5G mampu milik
Dua kru TLDM terlibat insiden helikopter Super Lynx dirawat di ICU, zon kuning
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

8,000 jadi kumpulan pertama terima suntikan vaksin di Perlis

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
24/02/2021
09:55 MYT
8,000 jadi kumpulan pertama terima suntikan vaksin di Perlis
Kumpulan pertama dos vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech tiba di Perlis kira-kira jam 1 tengah hari tadi. - Gambar/ Pejabat MB Perlis
KANGAR: Pemberian vaksin di Perlis turut melibatkan tiga fasa dengan kumpulan pertama membabitkan kira-kira 8,000 petugas barisan hadapan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man.
Beliau berkata, kumpulan itu merangkumi petugas kesihatan, polis, bomba, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan guru dengan tempoh pemberian bermula bulan ini hingga April.
“Fasa kedua yang bermula April hingga Ogos pula melibatkan kumpulan berisiko tinggi termasuk warga emas dan mempunyai penyakit kronik iaitu kira-kira 94,000 individu.
“Seterusnya, bagi fasa ketiga pula melibatkan kira-kira 100,000 penduduk di negeri ini yang terdiri daripada golongan dewasa yang berusia 18 tahun ke atas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kumpulan pertama dos vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech tiba di Perlis kira-kira jam 1 tengah hari tadi dan disimpan di tempat penyimpanan selamat di lokasi yang dikenal pasti Jabatan Kesihatan negeri.
Sementara itu, beliau berkata, sebanyak empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ditetapkan di negeri ini untuk fasa satu iaitu di Klinik Kesihatan Gail, Klinik Kesihatan Beseri, Klinik Kesihatan Felda Chuping dan Hopital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.
Beliau berkata, pihaknya mungkin akan menambah beberapa lagi PPV untuk fasa seterusnya supaya proses vaksinasi tersebut dapat dilakukan dengan lebih cepat.
“Buat masa ini, kami sudah mengenal pasti Dewan 2020 dan Dewan Warisan di Kangar serta Dewan Seri Melati di Beseri untuk dijadikan PPV bagi fasa dua.
“Lebih banyak PPV maka lebih cepat proses vaksinasi penduduk bagi memastikan proses berkenaan lebih efektif dalam menangani Covid-19. PPV yang ada pada fasa satu ini, kita mampu beri suntikan keseluruhan tidak sampai 1,000 dos sehari,” katanya.
Topic Berkaitan
#vaksin
#MyVaksinCOVID19
#Perlis
#fasa pertama
#Kumpulan pertama
#Pfizer
#Menteri Besar
#Azlan Man
#PPV
#tambahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan