awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump arah pengunduran Pengawal Negara dari Chicago, Los Angeles, Portland
SWCorp keluar 42 notis kesalahan membuang sampah pada sambutan Ambang Tahun Baharu
OneXSugar Wallet jadi konsol mudah alih pertama dengan skrin lipat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MediaTek lancar cip Dimensity 7100 untuk peranti 5G mampu milik

Amanz
Amanz
01/01/2026
10:30 MYT
MediaTek lancar cip Dimensity 7100 untuk peranti 5G mampu milik
Mediatek memperkenalkan cip Dimensity 7100 sebagai pemproses peranti 5G kelas permulaan dengan peningkatan prestasi yang signifikan. -Foto Amanz
MEDIATEK memperkenalkan cip Dimensity 7100 sebagai pemproses untuk peranti kelas permulaan 5G mampu milik.

Ringkasan AI
  • Mediatek memperkenalkan cip Dimensity 7100 sebagai pemproses peranti 5G kelas permulaan dengan peningkatan prestasi yang signifikan.
  • Cip ini dibangunkan menggunakan teknologi 6nm yang menawarkan kecekapan tenaga yang lebih baik dan prestasi grafik yang lebih tinggi berbanding pendahulunya, Dimensity 7050.
  • Dimensity 7100 dilengkapi dengan CPU lapan teras, GPU Arm Mali-G610 MC2, menyokong kamera sehingga 200MP, dan kelajuan muat turun 5G sehingga 3.3 Gbps.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Cip ini dihasilkan menggunakan teknologi 6nm yang menawarkan peningkatan sehingga 5 peratus dalam penggunaan tenaga, 23 peratus kecekapan modem dan 16 peratus kecekapan ketika memainkan video berbanding Dimensity 7050.
Dimensity 7100 dilengkapi CPU lapan teras dengan konfigurasi empat Cortex-A78 berkelajuan 2.4 GHz dan empat Cortex-A55 berkelajuan 2.0 GHz, dipadankan dengan GPU Arm Mali-G610 MC2.
Dari segi grafik, cip ini menawarkan peningkatan sekitar 8 peratus berbanding Dimensity 7050. Ia turut menyokong memori LPDDR5 dan storan UFS 3.1.
Cip ini menyokong kamera sehingga 200MP dengan keupayaan merakam video HDR. Modem 5G yang digunakan mampu mencapai kelajuan muat turun sehingga 3.3 Gbps.
Selain itu, ia menyokong rangkaian Wi-Fi 6, Bluetooth 5.4 serta sistem navigasi GPS, BeiDou, Glonass, Galileo, QZSS dan NavIC.
Peranti pertama yang akan menggunakan cip ini ialah Infinix Note EDGE. -Amanz

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah kelebihan utama cip Dimensity 7100 berbanding Dimensity 7050? A: Dimensity 7100 menawarkan peningkatan prestasi yang signifikan termasuk kecekapan tenaga yang lebih baik, prestasi grafik yang lebih tinggi, dan kelajuan muat turun 5G yang lebih pantas berbanding Dimensity 7050.
  • Q: Cip manakah yang akan menjadi peranti pertama yang menggunakan Dimensity 7100? A: Peranti pertama yang akan menggunakan cip Dimensity 7100 ialah Infinix Note EDGE, seperti yang dilaporkan dalam artikel ini.

Topic Berkaitan
#MediaTek
#Dimensity 7100
#peranti 5G kelas permulaan
#teknologi 6nm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan