awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

8.5 juta dos vaksin pelbagai jenama telah luput - KKM

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
12/06/2023
10:52 MYT
8.5 juta dos vaksin pelbagai jenama telah luput - KKM
Proses pelupusan dan pelaporan vaksin dalam simpanan dilaksanakan mengikut Tatacara Pengurusan Aset dan Tatacara Pengurusan Stor yang berkuat kuasa. - Gambar/hiasan
KUALA LUMPUR: Sebanyak 8.5 juta dos vaksin pelbagai jenama telah luput di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) dan gudang simpanan vaksin COVID-19 setakat 1 Jun lalu.
Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni proses pelupusan dan pelaporan vaksin dalam simpanan dilaksanakan mengikut Tatacara Pengurusan Aset dan Tatacara Pengurusan Stor yang berkuat kuasa.
"Pemantauan status pelupusan juga dilaksanakan secara berkala," katanya ketika sesi penggulunggan Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin COVID-19 di Dewan Rakyat pada Isnin.
Lukanisman menambah KKM turut membuat tawaran vaksin COVID-19 kepada negara-negara luar sebagai salah satu usaha mengurangkan lebihan vaksin.
Ujarnya, setakat ini lebih 1.8 juta dos vaksin pelbagai jenama telah disumbangkan kepada negara seperti Bangladesh, Myanmar, Laos serta Bosnia Herzegovina.
Dalam masa sama, beliau berkata perolehan vaksin COVID-19 telah membantu dalam meminimumkan kes kematian dan kebolehjangkitan COVID-19 dalam negara.
"Secara kasar, kos vaksin primer untuk menyelamatkan satu nyawa di Malaysia adalah RM60,000 dan dengan pertambahan dos penggalak, kos vaksin meningkat kepada RM78,400 bagi satu nyawa yang diselamatkan.
"Malah berdasarkan kepada model ramalan, pelaksanaan PICK adalah sangat berkesan kerana telah berjaya mengelakkan sejumlah lima juta kes jangkitan baharu dan 638,000 kes kemasukan hospital, serta mengelakkan sebanyak 31,000 nyawa daripada kematian akibat COVID-19.
"Sekiranya setiap daripada mereka dapat menjana pendapatan sebanyak RM3,000.00 sebulan, sebanyak RM5.58 billion pendapatan dapat dijana dalam tempoh lima tahun akan datang," kata Lukanisman.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Kementerian Kesihatan
#Kertas Putih Perolehan Vaksin
#kes COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan