awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

8,669 insiden keselamatan sekuriti dilaporkan di Malaysia sehingga Nov 2021

Bernama
Bernama
07/12/2021
21:00 MYT
8,669 insiden keselamatan sekuriti dilaporkan di Malaysia sehingga Nov 2021
Zahidi berkata, dalam masa Keluarga Malaysia mengamalkan gaya hidup digital, etika siber iaitu satu kod tingkah laku bertanggungjawab dalam internet dan gaya hidup yang positif dalam penggunaan Internet akan menjadi satu keperluan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sejumlah 8,669 kes insiden keselamatan siber telah dilaporkan ke pusat panggilan Cyber999 dari Januari ke November tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin.
"Tiga kes tertinggi dilaporkan adalah penipuan (6,737 kes), pencerobohan, (1,354) dan kod berbahaya (578)," katanya dalam ucapannya di Pertandingan Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan - Piala Cabaran CyberSAFE (NICTSeD) 2021 pada Selasa.
Oleh sebab itu beliau berkata, tahap kesedaran orang ramai dalam 'Keluarga Malaysia' perlu dipertingkatkan lagi, kerana masih ramai yang menjadi mangsa terhadap ancaman siber.
"Isu berkaitan etika, tanggungjawab dan pengunaan internet yang positis telah menjadi kritikal terutamanya kepada generasi muda kita.
"Terdapat keperluan mendesak dalam memastikan mereka diajarkan untuk menjadi pengguna internet yang selamat, beretika dan bertanggungjawab dalam menggunakan internet secara positif," katanya.
Zahidi berkata, dalam masa Keluarga Malaysia mengamalkan gaya hidup digital, etika siber iaitu satu kod tingkah laku bertanggungjawab dalam internet dan gaya hidup yang positif dalam penggunaan Internet akan menjadi satu keperluan.
"Mendidik warga digital mengenai etika penggunaan teknologi digital telah menjadi sebahagian daripada apa yang boleh dilakukan untuk menjadikan sebuah keluarga bahagian selamat secara dalam talian," katanya.
Sementara itu acara semalam menyaksikan piala cabaran itu dimenangi SMK Sultan Abu Bakar, Pahang sebagai juara keseluruhan dengan membawa pulang wang tunai RM5,000, piala dan plak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zahidi Zainul Abidin
#keselamatan siber
#dalam talian
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan