SHAH ALAM: Seramai 8,843 majikan baharu tampil membuat pendaftaran sepanjang tempoh pemutihan selama sebulan dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang berakhir pada 31 Mei lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata ia merupakan peningkatan memberangsangkan iaitu lebih 14 peratus berbanding 7,709 majikan baharu yang mendaftar pada April 2022.
"Saya meminta semua majikan yang masih belum mendaftar agar tampil kerana kami masih menerima pendaftaran di pejabat Perkeso di seluruh negara dan tindakan tidak akan diambil," katanya kepada pemberita selepas Op Kesan di sekitar Sesyen 15 di sini hari ini.
Terdahulu Mohammed Azman melancarkan Op Kesan Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).
Beliau berkata berdasarkan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) semua majikan yang menggajikan sekurang-kurangnya seorang pekerja tanpa mengira had gaji, wajib mendaftar dengan agensi tersebut.
Katanya pihak majikan tidak sepatutnya melihat kewajipan itu sebagai bebanan kerana kadar caruman yang dikenakan hanya 1.75 peratus kepada majikan dan 0.5 peratus kepada pekerja.
"Jangan lihat ini sebagai satu bebanan, jika berlaku apa-apa kepada pekerja siapa yang hendak tanggung kehidupan dan keluarga mereka.
"Kalau ada caruman dengan Perkeso, insya-Allah dari segi perubatan, pemulihan, hilang upaya dan berlaku kematian, keluarga mereka akan terjamin," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata setakat 11 pagi tadi sebanyak 1,258 majikan telah diperiksa di seluruh negara menerusi Op Kesan dan 220 kompaun telah dikeluarkan kerana tidak berdaftar dengan Perkeso.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 08 2022

Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, ia merupakan peningkatan memberangsangkan iaitu lebih 14 peratus berbanding 7,709 majikan baharu yang mendaftar pada April 2022. - Gambar fail
Bekas Menteri Pertahanan meninggal dunia
Bekas Menteri Pertahanan, Tan Sri Abang Abu Bakar Abang Mustapha meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, hari ini.

'KKM perlu beri lebih tumpuan kepada kes bunuh diri remaja' - Sivaraj
Sivaraj menambah, menurut laporan sejumlah 1,142 kes bunuh diri dalam kalangan remaja dilaporkan pada 2022.

Pesawat latihan terhempas, dua juruterbang tentera India terbunuh
Pesawat Pilatus PC-7 Mk II terhempas semasa penerbangan latihan rutin dari Akademi Tentera Udara dekat bandar raya Hyderabad.

'Nampaknya formula anda berkesan' - TMJ
Keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil kembali menimbulkan tanda tanya menjelang final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC, Jumaat ini.

Tok Mat akui UMNO masih jauh raih kembali kepercayaan orang Melayu
Mohamad berkata, walaupun parti tersebut menonjolkan seorang pahlawan bangsa dengan rekod perkhidmatan yang sangat cemerlang namun mereka tetap tewas.

Iran, Arab Saudi ambil pendekatan pertama tingkatkan hubungan pertahanan
Selepas sembilan bulan Iran dan Arab Saudi memulihkan hubungan diplomatik, pegawai kanan pertahanan kedua-dua negara mula membincangkan cara untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan.
Pas intai jawatan ketua pembangkang, Bersatu patut risau - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata beberapa keputusan telah dicapai dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan perkara berkenaan akan diumumkan oleh Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara (KSN).
AWANI Ringkas: Pembedahan prostat bukan kanser prostat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bantuan rumah sewa mangsa banjir termenung akan diselesaikan - MB Kelantan
Kerajaan negeri akan menyelesaikan pemberian subsidi rumah sewa kepada 58 keluarga mangsa banjir termenung yang terkesan akibat Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.
Mangsa banjir terjejas di Kelantan terus meningkat
Kelantan merupakan satu-satunya negeri yang terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 11 pagi Isnin mencatatkan peningkatan kepada 4,641 mangsa.

Dasar Gaji Progresif: KSM ketuai beberapa fungsi utama pelaksanaan
Selain penyediaan garis panduan bagi majikan dan pekerja, pemantauan, penilaian dan koordinasi pembangunan juga akan dilaksanakan.

Majikan tidak dibenar bayar gaji secara tunai kecuali dapat kelulusan - Sivakumar
Majikan yang didapati tidak membuat pembayaran gaji melalui akaun bank dianggap melakukan kesalahan yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000.

MTL: Majikan diminta prihatin, bantu pekerja berdepan musibah banjir - Sivakumar
Katanya, dalam tempoh musim tengkujuh, banjir kilat dan banjir besar boleh berlaku bukan sahaja di Pantai Timur, tetapi juga kawasan lain.

Hanya 50 peratus majikan patuh Akta 446
Hanya 50 peratus majikan di seluruh Semenanjung mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Pindaan) 2019 (Akta 446).

Dasar gaji progresif dijangka libat kos tambahan minimal kepada majikan - Kementerian Ekonomi
Majikan akan menerima insentif tunai sekiranya memenuhi syarat-syarat berdasarkan garis panduan kenaikan gaji tahunan yang akan dikeluarkan.

Pekerja asing: Tahap pematuhan majikan sektor perkhidmatan paling rendah - Saifuddin
Tahap pematuhan majikan pekerja asing dalam aspek menjaga kebajikan dan kepentingan pekerja masih belum memuaskan, dengan sektor perkhidmatan mencatatkan pelanggaran undang-undang tertinggi.

Majikan akan terima insentif tunai jika penuhi keperluan dasar gaji progresif
Majikan perlu terlebih dahulu menaikkan gaji pekerja dan seterusnya menunjukkan bukti barulah kerajaan boleh membayar insentif kepada mereka.

'Academy in Industry': Jawapan kepada isu ketidakpadanan industri dengan tenaga kerja tempatan
Penekanan kepada aliran penghasilan tenaga kerja didorong permintaan di mana mereka bekerja sambil belajar dan diberi sijil pengiktirafan.

Bekas pembantu rumah Indonesia tuntut gaji tertunggak RM195,000
Derfi Bisilisin, 36, memfailkan saman itu terhadap Koe Boon Aik, 48, di Mahkamah Sesyen di sini.

Majikan diseru hantar pekerja dapatkan pasport keselamatan
Majikan dan pihak industri diseru agar menghantar lebih ramai pekerja tempatan mahupun asing mendapatkan pasport keselamatan sebagai usaha mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja.