KUALA LUMPUR: Seorang penyelesai hutang (liquidator) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis bahawa bayaran AS$8.99 juta diterima syarikat Blackstone Real Asia Estate Partners Ltd (BVI) dikawal oleh sekutu kepada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.
Saksi pendakwaan kedua, Angela Barkhouse berkata demikian dalam satu pernyataan saksi, ketika prosiding saman sivil AS$1.18 bilion SRC International terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil sebagai defendan pertama dan kedua, di hadapan Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin.
Angela yang juga pakar pemulihan aset luar pesisir berkata, wang yang diterima itu kemudiannya dirumuskan oleh penyiasat kewangan sebagai wang sogokan.
"Saya ambil maklum, ketika transaksi dibuat daripada Gobi Coal & Energy Limited (GCE) kepada Blackstone dan Globalink Private Aviation Ltd, sejurus pembayaran daripada syarikat usaha sama terbabit iaitu Aabar-SRC kepada GCE," katanya.
Sebelum ini, penyiasat kewangan berkata, tiada bukti menunjukkan Najib memulangkan AS$120 juta yang dikatakan daripada SRC kepada firma Singapura, Tanore Finance Corporation.
Beliau turut mengakui tidak melihat bukti melalui dokumen yang menyatakan Najib melakukan demikian menerusi akaun peribadinya di negara ini, kepada akaun Tanore Finance di Singapura pada tahun 2013.
SRC mengemukakan saman pada Mei 2021, terhadap Najib dan Nik Faisal atas dakwaan pecah amanah jenayah, salah guna kuasa dan memperoleh ganjaran peribadi selain melakukan penyelewengan dari dana syarikat itu.
Syarikat itu memohon ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi tambahan, faedah, kos dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
SRC juga menuntut deklarasi mahkamah bahawa Najib bertanggungjawab bagi kerugian yang dialami oleh syarikat itu akibat pelanggaran tugas serta amanah beliau dan menuntut supaya beliau membayar balik kerugian yang dialami sebanyak RM42 juta.
Najib, 71, yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 14 2024
SRC mengemukakan saman pada Mei 2021, terhadap Najib dan Nik Faisal atas dakwaan pecah amanah jenayah, salah guna kuasa dan memperoleh ganjaran peribadi selain melakukan penyelewengan dari dana syarikat itu. - Gambar hiasan
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
'Saya tidak tahu apa-apa mengenai hubungan Zeti-Jho Low' - Bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan memberitahu mahkamah tidak tahu mengenai sebarang hubungan perniagaan antara suami Zeti dan Jho Low.
AS$8.99 juta diterima BVI dikawal sekutu Jho Low - Saksi
Seorang penyelesai hutang (liquidator) memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bayaran AS$8.99 juta diterima syarikat Blackstone Real Asia Estate Partners Ltd (BVI) dikawal oleh sekutu Jho Low.
Bekas pengurusan kanan bank BSI mengaku tidak semak dakwaan Jho Low
Bekas pengurusan kanan bank BSI mendedahkan pihak bank tidak pernah melakukan semakan untuk mengesahkan Jho Low bertindak bagi pihak Najib berkaitan hal ehwal SRC International.
Jho Low bersumpah mahu jadikan hidup saya menderita jika kembali - Jasmine Loo
Jasmine Loo memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Jho Low telah bersumpah untuk menjadikan hidupnya menderita sekiranya beliau kembali ke Malaysia.
Jho Low arah Kee Kok Tiam sediakan surat derma Arab Saudi - Jasmine Loo
Arahan itu adalah bagi menyatakan dana-dana yang dimasukkan ke dalam akaun bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma dari Arab Saudi.
Kes 1MDB: Jho Low dakwa ada bukti, bertindak atas arahan Najib - Saksi
Jasmine Loo berkata, Jho Low pernah mendakwa, sekiranya apa-apa terjadi kepadanya, dia mempunyai bukti menunjukkan semua tindakan yang dilakukan ialah mengikut permintaan Najib.
RM29.03 bilion aset 1MDB sudah dikembalikan - SPRM
Terbaharu, hasil pemulihan aset dana 1MDB yang giat dijalankan secara berterusan, SPRM berjaya memperoleh semula wang termasuk aset yang berjumlah RM23,911,460.90.
Kes 1MDB: Jasmine Loo disepina beri keterangan mulai 13 Feb
Timbalan pendakwa raya, Ahmad Akram Gharib memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin, sepina itu akan dikeluarkan mulai 13 Feb nanti.