KUALA TERENGGANU:Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman 1 (SKSS1) di sini, ditutup selama 14 hari ekoran terdapat lapan kes positif COVID-19 dikesan di situ.
Kesemua aktiviti dan pengurusan dalam kawasan sekolah ditangguhkan bermula 22 Januari hingga 5 Februari depan bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan.
Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata, kesemua kes positif COVID-19 yang dikesan itu disahkan pada Jumaat.
"Pihak kesihatan telah mengesan lapan kes positif COVID-19 di SKSS1 yang telah disahkan pada 22 Januari 2021.
"Sehubungan itu, premis ini diarahkan tutup selama 14 hari bermula hari ini (Jumaat) bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan bagi mengelak perebakan penyakit," katanya di sini pada Jumaat.
Beliau berkata, arahan penutupan itu di bawah Seksyen 18 (1)(d) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah merekodkan pertambahan 73 kes sembuh dan 178 kes baharu menjadikan terdapat 506 kes COVID-19 aktif di Terengganu pada Jumaat, dengan rekod keseluruhan sebanyak 1,224 kes.
Sebanyak 505 kes aktif berada dalam keadaan stabil dan diberikan rawatan biasa manakala satu kes menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) tanpa alat bantuan pernafasan.
Sinar Harian
Fri Jan 22 2021

Arahan penutupan itu di bawah Seksyen 18 (1)(d) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). - Gambar/ Sinar Harian

Lima mangsa dipercayai terperangkap dalam runtuhan struktur sokongan pembinaan SUKE
Lima mangsa dipercayai terperangkap dalam runtuhan struktur tapak pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi-Hulu Kelang berhampiran Desa Tun Razak menghala ke Ampang pada petang Rabu.

Runtuh | Tapak pembinaan berhampiran Desa Tun Razak runtuh, jalan alami kesesakan teruk
Makluman awal berlaku runtuhan struktur dari tapak pembinaan berhampiran Desa Tun Razak dari Sg Besi menghala Bandar Tun Razak. Kesesakan teruk di MRR2 dikedua-dua arah sehingga Sri Petaling dan Bulatan Bilion.

Vaksin Pfizer-BioNTech kumpulan kedua fasa pertama tiba di Kuching
Sarawak hari ini menerima vaksin Pfizer-BioNTech kumpulan kedua fasa pertama sekitar jam 5.20 petang sebentar tadi.

Selangor kekal negeri tertinggi kes harian jadi tumpuan kenyataan KKM
Negeri Selangor rekod 640 kes diikuti Johor (376) dan Sarawak (139).

KKR anggar lebih RM200 juta untuk perbaiki jalan raya terjejas akibat banjir
Menteri Kanan Fadillah Yusof berkata, jumlah itu telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk kelulusan di bawah dana bencana.

COVID-19: 1,745 jangkitan baharu, tujuh kematian
Malaysia merekodkan 1,745 jangkitan baharu akibat COVID dalam tempoh 24 jam menjadikan angka keseluruhan kini sebanyak 330,850 kes.

IAMM: ASEAN teliti usaha pemulihan COVID-19
Menteri Ekonomi ASEAN telah berikrar untuk bekerja secara intensif dalam meneroka semua cara bagi mengukuhkan dan meluaskan integrasi serantau.

PBT, badan berkanun boleh keluarkan kompaun mulai 11 Mac ini
Kuasa tersebut diberikan di bawah Seksyen 25 Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021, yang berkuat-kuasa 11 Mac ini.

Haji 2021: Semua petugas kesihatan, sukarelawan wajib divaksin
Pihak yang terlibat perlu melakukan persiapan lebih awal bagi memudahkan operasi kemudahan kesihatan di Mekah.

UMNO hantar surat tamat kerjasama dengan Bersatu, PN - Laporan
Sumber yang memaklumkan perkara tersebut kepada portal itu menjelaskan, sehingga kini belum ada maklum balas berhubung surat berkenaan.

Polis kenal pasti identiti mayat warga emas ditemui di hadapan sekolah
Mangsa dikenal pasti sebagai Chua Hock Soon @Chua Leok Eng, 70 tahun, dipercayai beralamat dari Jalan Simpang Empat, Alor Setar.

Banjir Sarawak: Jumlah mangsa menurun, sembilan PPS masih dibuka
Keadaan banjir di Sarawak beransur baik apabila hanya 813 mangsa daripada 275 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 823 orang petang semalam.

Banjir Sarawak: 1,002 mangsa dipindahkan, Serian terjejas teruk
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menunjukkan peningkatan sedikit kepada 1,002 pada Ahad berbanding 934 mangsa pada petang semalam.

PdPR: Idea kreatif 'alam fantasi' Cikgu Liana bangkitkan semangat pelajar
Menurut Cikgu Liana, antara karakter yang pernah dijayakannya adalah watak "skeleton", jururawat, doktor gigi, serta "mikro-organisma".

COVID-19: Satu sekolah di Melaka dan Terengganu ditutup sementara
Penutupan sementara sekolah bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dan pembasmian kuman dilakukan dalam usaha mengekang penularan wabak tersebut.

8 kes positif COVID-19 dikesan di SK Sultan Sulaiman 1 Terengganu
Kesemua aktiviti dan pengurusan dalam kawasan sekolah ditangguhkan bermula 22 Januari hingga 5 Februari depan bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan.

Sekolah ditutup akibat COVID-19, gajah hadir cari makanan
Kejadian itu sempat dirakam seorang lelaki yang berada di dalam kawasan sekolah berkenaan, namun haiwan liar berkenaan tidak bertindak agresif termasuk mencederakannya.

Muhyiddin lawat mangsa banjir Kelantan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengadakan lawatan ke pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir di Kelantan yang dilanda bencana itu sejak minggu lepas.

Murid SK Temong menang anugerah filem animasi di Brazil bakal terima insentif
Pemberian insentif adalah sebagai ganjaran atas pencapaian cemerlang mereka.

Dua murid 11 tahun di Serian ungguli anugerah filem antarabangsa
Filem pendek animasi, Batuh Bijanji karya Macgres Sawet dan Nabiatul Dania Zulfakat Mohd Zulfadhli mengungguli anugerah Best Film by Popular Jury di Festival de Cinema de Alvorada (Fecea) ,Brazil.