awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

8 lelaki termasuk 5 PATI ditahan, pindah batu secara haram

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
17/08/2023
03:45 MYT
8 lelaki termasuk 5 PATI ditahan, pindah batu secara haram
Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang turut merampas lori hantu yang digunakan bagi kerja-kerja pemindahan bahan batuan (tanah merah) secara haram berdekatan RTP Bukit Goh.
KUANTAN: Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) menahan lapan lelaki termasuk lima pendatang tanpa izin (PATI) warga Indonesia selepas dikesan melakukan kerja-kerja pemindahan bahan batuan (tanah merah) secara haram berdekatan Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Bukit Goh, dekat sini, pada Rabu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan UPNP, dalam operasi yang dijalankan kira-kira 1 tengah hari itu, rondaan dan pemantauan menggunakan dron telah dilakukan di satu kawasan yang disyaki menjalankan aktiviti pemindahan tanah dengan menggunakan tiga buah jengkaut dan tiga buah lori hantu.
"Aktiviti pemindahan tanah yang dilakukan telah berjaya dirakam sebelum pegawai penguatkuasa bergegas ke lokasi berkenaan untu melakukan pemeriksaan dan serbuan.
"Pengusaha warga tempatan yang ditemui di lokasi berkenaan gagal menunjukkan sebarang kelulusan bagi aktiviti pemunggahan tanah di kawasan tersebut sebelum menahan pengusaha berkenaan bersama tujuh lelaki warga Indonesia yang berada di lokasi tersebut ," katanya dalam kenyataaan yang dikeluarkan, di sini, pada Khamis.
Tambah kenyataan itu, UPNP juga telah merampas tiga buah jengkaut dan empat buah lori hantu yang digunakan dalam aktiviti haram berkenaan selain menyerahkan lima PATI kepada Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pahang bagi tindakan selanjutnya.
Pemindahan bahan batuan secara tidak sah merupakan satu kesalahan dan kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 426 (1) Kanun Tanah Negara (Akta 828) bagi tindakan selanjutnya.
Topic Berkaitan
#Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang
#UPNP
#pindah batu secara haram
#pati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan