Lapan sekeluarga nyaris maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah jip yang hilang kawalan dalam kejadian di Jalan Permatang Tiga, Sungai Lokan, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 malam Ahad, pemandu kereta Perodua Alza berusia 41 tahun patah kaki kanan setelah tersepit di dalam kenderaannya kira-kira 20 minit sebelum berjaya dikeluarkan pasukan bomba dan penyelamat.
Manakala tujuh lagi penumpang yang turut berada di dalam kenderaan tersebut mengalami kecederaan di bahagian kaki dan beberapa anggota badan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata kemalangan berlaku apabila jip jenis Isuzu D'max yang dipandu lelaki berusia 29 tahun itu hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.
"Apabila sampai di tempat kejadian, jip terbabit hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah MPV jenis Perodua Alza yang datang dari arah lampu isyarat Sungai Lokan menghala ke Kepala Batas.
"Selain pemandu, terdapat tujuh ahli keluarga di dalam Perodua Alza terbabit yang terdiri daripada tiga wanita dewasa dan empat kanak-kanak perempuan berusia dalam lingkungan dua hingga 70 tahun yang turut mengalami kecederaan,” kata Noorzainy dalam satu kenyataan.
Kesemua mangsa, termasuk pemandu jip yang mengalami sakit dada dan kepala, dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk menerima rawatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan 1987.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Jul 06 2020

Keadaan dua kenderaan yang bertembung dalam nahas pada Ahad malam. -Foto PDRM/JBPM

Status bekalan ayam di Selangor dimaklumkan Isnin ini
Kerajaan negeri Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung isu bekalan ayam yang didakwa tidak mencukupi sejak kebelakangan ini, pada Isnin (23 Mei).

PM Ismail Sabri hadir rumah terbuka Tentera Darat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Tentera Darat Malaysia di Kem Perdana Sungai Besi, malam ini.

Anugerah Solidariti | Dua wartawan Astro AWANI antara pemenang
Anugerah Solidariti Media kembali tahun ini bersempena dengan sambutan Hari Kebebasan Media Sedunia 2022. Acara tahunan itu menyaksikan dua wartawan Astro AWANI turut dipilih sebagai pemenang.

e-Sukan | PUBG Mobile zahirkan sokongan terhadap atlet negara
Sebagai tanda sokongan terhadap atlet e-Sukan negara di Sukan SEA Hanoi, Tencent Games menganjurkan program acara melibatkan atlet berkenaan secara langsung. Pengurus Pemasaran PUBG Mobile, Adil Hisham berkata, program itu juga menjadi platform untuk menghimpunkan kesemua peminat e-Sukan.

AWANI Ringkas: KPLB peruntuk RM80 juta untuk sekuriti makanan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bekalan Makanan | Mydin hadkan pembelian ayam
Pasar raya Mydin mengehadkan pembelian ayam dengan setiap pelanggan boleh membeli dua ekor sahaja. Jelas Pengarah Urusan Mydin Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin, biarpun mengehadkan pembelian, bekalan ayam di pasar raya tersebut masih mencukupi untuk pengguna di Selangor.

Politik | Pelancaran parti Pejuang di Sabah ditangguh
Pelancaran Parti Pejuang Tanah Air di Sabah yang dijadualkan 22 Mei ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan. Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, keputusan dibuat kerana ketiadaan Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempunyai urusan kerja di Tokyo.

HFMD: Lebih banyak tadika di Perak akan ditutup
Lebih banyak tadika di Perak dijangka ditutup berikutan peningkatan wabak penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD).

Duta Besar Malaysia | Lantikan Tajuddin tidak sepatutnya jadi isu
Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menegaskan pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia yang baharu sepatutnya tidak menjadi isu.

Sekuriti Makanan | KPLB peruntuk RM80 juta
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi agensi di bawahnya iaitu RISDA dan FELCRA Berhad memperuntukkan RM80 juta untuk menjamin bekalan dan sekuriti makanan negara. Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar, Datuk Sri Abdul Rahman Mohamad berkata, menerusi peruntukan tersebut, agensi-agensi KPLB akan berusaha mengukuhkan gedung makanan utama negara terutama dalam industri penternakan dan perladangan.

8 sekeluarga nyaris maut dalam nahas dua kenderaan di Kepala Batas
Kemalangan berlaku apabila jip jenis Isuzu D'max yang dipandu lelaki berusia 29 tahun itu hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.