awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Puteri Wales, Kate Middleton kongsi pengalaman sukar pemulihan kanser
MALAYSIA
[KOLUMNIS] Agenda Iklim: Malaysia melangkah, dunia jangan alpa
HIBURAN
Enggan panjangkan isu melibatkan 4U2C, Ajai mohon maaf
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Siasatan rasuah ADUN Sabah: SPRM siasat taikun Singapura

Astro Awani
Astro Awani
02/07/2025
10:44 MYT
Siasatan rasuah ADUN Sabah: SPRM siasat taikun Singapura
Azam berkata, SPRM akan memanggil saksi berkaitan untuk dirakam percakapan dalam masa terdekat untuk membantu siasatan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadap seorang taikun dari Singapura berhubung skandal rasuah perlombongan di Sabah.
Menurut sumber, siasatan itu susulan penyiaran satu artikel merujuk seorang taikun syarikat terbabit yang dikatakan bertindak sebagai pembiaya dalam skandal rasuah berkenaan.
"SPRM telah memulakan siasatan untuk mengesahkan maklumat tersebut," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan menyatakan SPRM akan memanggil saksi berkaitan untuk dirakam percakapan dalam masa terdekat untuk membantu siasatan.
Media pada Isnin melaporkan, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk masing-masing mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan rasuah di Mahkamah Rasuah Khas Kota Kinabalu.
Ketiga-tiga tertuduh iaitu ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob dan ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy serta Datuk Tei Jiann Cheing atau dikenali sebagai Albert Tei membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim Jason Juga selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.
Menurut pertuduhan, Yusof, 69, pada jam 2 petang 6 Mac 2023, di sebuah restoran hotel telah menerima suapan wang tunai sebanyak RM200,000 daripada tertuduh, Jiann Cheing, 37.
Wang tersebut sebagai dorongan untuknya membantu menguruskan permohonan sebuah syarikat bagi mendapatkan lesen untuk mencari gali mineral di Sabah.
Sehubungan itu, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.
Topic Berkaitan
#kes rasuah ADUN Sabah
#SPRM
#taikun Singapura
#ADUN Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami